WASHINGTON DC: Malaysia
berusaha untuk memperkukuhkan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) di
tengah-tengah cabaran keselamatan yang timbul akibat isu seperti keganasan dan
kebimbangan mengenai perkara-perkara seperti pemerdagangan orang dan migrasi
secara haram apabila Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu
dengan pegawai kanan Amerika Syarikat.
Muhyiddin tiba
Ahad di ibu negara Amerika Syarikat ini untuk lawatan kerja sehingga Rabu
sebelum terbang ke New York untuk mesyuarat yang sama dengan pegawai Amerika
Syarikat di sana.
Jadual lawatan
Muhyiddin untuk Isnin menyaksikan beliau melawat ke ibu pejabat Keselamatan
Dalam Negeri Amerika Syarikat untuk berunding dengan Pemangku Setiausaha
Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Kevin McAleenan, dan melawat ke
Pusat Saringan Pengganas Amerika Syarikat (TSC).
Muhyiddin juga
akan menghadiri forum kepimpinan di Centre for Strategic and International
Studies dan pada forum itu, beliau dijangka berkongsi pandangannya mengenai
hubungan strategik Malaysia-Amerika Syarikat.
Program lain
Muhyiddin di Washington DC dalam beberapa hari akan datang termasuk bertemu
Duta Amerika Syarikat bagi Pemerdagangan Orang John Cotton Richmond serta
pegawai kanan dari Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Agensi Perisik Pusat
(CIA), Kastam dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Keadilan (DOJ).
“Ini adalah lawatan kerja yang telah diatur untuk saya datang ke Washington dan New York bertujuan merapatkan hubungan dua hala dalam bidang keselamatan antara AS dan Malaysia yang memang terjalin sejak dahulu lagi,” katanya kepada pemberita menjelang mesyuarat peringkat tertinggi dan lawatan ke institusi-institusi utama keselamatan Amerika Syarikat.
Muhyiddin
menegaskan bahawa Malaysia mempunyai hubungan baik dengan agensi keselamatan
yang terkenal dunia seperti FBI dan CIA, dengan menjalin kerjasama merangkumi
bidang seperti pertukaran maklumat, latihan dan langkah-langkah membina
kapasiti yang lain.
Kerjasama
sedemikian perlu memandangkan negara tidak boleh leka dalam isu keganasan
ketika ia berusaha untuk memastikan agensi-agensi keselamatannya dilengkapi
dengan alat yang diperlukan, lebih-lebih lagi ancaman yang ditimbulkan oleh
kumpulan pengganas seperti Daesh.
Kesiapsiagaan
Malaysia dan pengumpulan maklumat risikan membolehkan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) menahan 495 orang dari 2013 hingga Ogos 2019 berhubung penglibatan
mereka sebagai anggota, perekrut, pembiaya atau bersimpati dengan Daesh. Mereka
yang ditahan terdiri daripada 333 warga Malaysia dan 162 rakyat asing.
Oleh kerana
senario keselamatan menimbulkan lebih banyak cabaran pada masa kini, Muhyiddin
percaya bahawa Kuala Lumpur masih mempunyai banyak perkara untuk belajar dari
Amerika Syarikat dan bagaimana untuk menanganinya.
“Kita jangka keadaan (keselamatan) yang kita tahu sekarang ini agak lebih mencabar, maka kerjasama dengan AS terutama cara menguruskan masalah berkaitan keganasan, isu pemerdagangan orang atau migran itu boleh kita pelajari termasuk teknologi yang mereka gunakan untuk menangani masalah sebegini,” katanya.
Muhyiddin
menjelaskan bahawa lawatan ke pusat saringan pengganas membolehkan beliau
melihat secara lebih dekat teknologi yang digunapakai untuk mengenal pasti
pengganas atau mereka yang mempunyai kecenderungan sedemikian.
“Ini selari dengan langkah yang sedang kita ambil untuk menguruskan sistem imigresen yang terbaharu yang sedang kita siapkan sekarang ini,” katanya.
Di New York,
Muhyiddin dijangka bertemu dengan para pegawai Jabatan Polis New York dalam
kunjungan sambil belajar untuk melihat sama ada Malaysia boleh mencontohi
beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan untuk pencegahan jenayah.
“Pendek kata dalam tempoh beberapa hari saya di Amerika Syarikat ni, kita harap kita boleh memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang keselamatan dan mempelajari perkara baharu serta bertukar pandangan dengan pemimpin mereka,” katanya.
Dalam lawatan sehingga 21 September, Muhyiddin diiringi oleh isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan para pegawai Kementerian Dalam Negeri serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked