Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YAMAN MULAKAN KEMPEN VAKSIN KOLERA DI SANA’A

DUNIA

YAMAN MULAKAN KEMPEN VAKSIN KOLERA DI SANA’A

SANA’A: Kementerian Kesihatan Yaman dengan kerjasama badan kesihatan global memulakan kempen vaksin kolera dalam usahanya menangani penyakit berjangkit yang membunuh ribuan nyawa di negara miskin itu.

Dua badan global terbabit ialah Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menjalankan kempen vaksin kolera di ibu kota Sana’a.

PRESS TV dalam laporannya hari ini berkata pakar mengharangkan usaha vaksinasi itu mampu menangani isu penularan kolera yang mencapat tahap membimbangkan.

Yaman secara umumnya melalui dua gelombang kolera sejak peperangan melanda negara itu pada awal 2015.

Gelombang pertama kolera mungkin membina imuniti dalam kalangan komuniti, bagaimanapun penyakit lain, termasuk malnutrisi, menjejaskan sistem imunisasi warga Yaman.

Sebelum ini, badan antarabangsa memberi amaran Yaman akan menghadapi isu kesihatan serius ekoran serangan udara Arab Saudi yang menyasarkan kepada fasiliti kesihatan dan air di negara itu.

Peperangan yang berlanjutan sejak lima tahun lalu telah menjejaskan Yaman dari segi infrastruktur, termasuk memusnahkan hospital, sekolah dan kilang-kilang.

Data terkini menunjukkan lebih 24 juta warga Yaman atau 80 peratus populasi negara itu terjejas dan memerlukan bantuan kemanusiaan. – PRESS TV/AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading