KUALA LUMPUR: Hadkan tempoh penempatan
pegawai berisiko tinggi bagi mengelakkan isu penjualan dan penipuan sijil
kelahiran dan kad pengenalan (MyKad) berulang.
Itu langkah jangka pendek dicadangkan
Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia bagi mengatasi isu penjualan dokumen
kewarganegaraan yang menggemparkan negara.
Presidennya, Datuk Akhbar Satar yang
juga penganalisis jenayah berkata, hanya dengan cara itu isu terbabit boleh
diatasi.
Ini kerana isu membabitkan ketirisan
sistem pengeluaran sijil kelahiran dan MyKad itu berpunca daripada integriti
individu terbabit yang tidak amanah dan tamak.
“Jika baiki sistem tapi “handler” (individu yang diamanahkan) tiada integriti masalah akan terus berlaku.
“Kita kena pastikan “highrisk post” tidak terlalu lama, mungkin dihadkan satu hingga dua tahun,” kata Akhbar ketika ditemubual secara langsung Berita TV AlHijrah semalam.
Minggu lalu, negara digemparkan dengan penahanan 20 individu, termasuk pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terlibat dalam pengeluaran sijil kelahiran dan MyKad secara penipuan.
Susulan pendedahan itu, Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang dan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada Khamis lalu atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin dilaporkan berkata kerajaan tidak akan berkompromi degan mana-mana pihak
bersubahat secara langsung atau tidak langsung dalam isu penjualan sijil
kelahiran dan MyKad.
Mengulas lanjut, Akhbar berkata pegawai pemantau
bagi pegawai berisiko terbabit juga seharusnya terdiri daripada individu berintegriti
tinggi.
“Pegawai kena bersih, lebih putih dari putih,” katanya kepada Wan Kamaruddin Wan Ibrahim dalam berita jam 8 malam itu.
Akhbar menegaskan isu itu adalah isu
besar yang memerlukan tindakan segera kerana membawa impikasi langsung kepada
masalah sosial, ekonomi dan masa depan negara.
“Kalau tidak kawal ia akan merosakkan imej negara,” katanya memberikan contoh bagaimana kemasukan sebilangan wanita warga China yang terbabit dengan aktiviti pelacuran di ibu negara.
MyKad ini dikatakan dijual di antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap satu kepada warga asing menunjukkan betapa bernilainya ia kepada warga asing yang mahukan kewarganegaraan segera.
Bagaimanapun, taktik sindiket itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen berjaya mengesan seorang warga asing yang memiliki dokumen itu tetapi gagal berbahasa Malaysia. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked