Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH RAMAI BAKAL NIKMATI PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

DALAM NEGARA

LEBIH RAMAI BAKAL NIKMATI PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan tidak menolak kemungkinan mereka yang akan menikmati pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melebihi jumlah sasaran sebelum ini iaitu 600,000 orang.

Berita baik itu akan diumum Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Kita tunggu dalam beberapa hari lagi. Saya dengan pihak KWSP akan dapat umumkan.Insya-Allah akan diperluaskan kepada lebih 600,000 rakyat Malaysia,” katanya.

Ujar Tengku Zafrul, keputusan itu dibuat selepas mendengar keluhan rakyat berhubung kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP.

Pada pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan meluluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021 — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading