Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM SEDIAKAN 10 SEGMEN AGAMA DI MEDIA SOSIAL MENERUSI PROGRAM KEMBARA AL-AMIN

DALAM NEGARA

JAKIM SEDIAKAN 10 SEGMEN AGAMA DI MEDIA SOSIAL MENERUSI PROGRAM KEMBARA AL-AMIN

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melancarkan 10 segmen berkaitan agama Islam di platform media sosialnya dalam usaha untuk menyediakan lebih banyak program digital yang bermanfaat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, 10 segmen tersebut yang merangkumi soal jawab agama, hadis dan doa pilihan, serta bicara santai, sesuai untuk ditonton pelbagai lapisan umur dan merentasi kaum.

Tambahnya inisiatif digital yang digerakkan di bawah program Kembara Al-Amin itu adalah usaha JAKIM untuk menyediakan kandungan baharu di media sosial selain mencapai sasaran 1 juta pengikut di Facebook rasmi JAKIM dan medium-medium lain.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengikut media sosial Agensi Agama khususnya JAKIM.

“Sehubungan itu, JAKIM telah mengambil tindakan pro-aktif dengan melaksanakan program Kembara Al-Amin iaitu sebuah kempen digital bagi mencapai hasrat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya program Kembara Al-Amin digerakkan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk perkhidmatan JAKIM kepada pelanggan serta mendekatkan hubungan dengan pengikut JAKIM di media sosial.

Tempoh pelaksanaan program itu ujarnya selama 46 hari mulai 16 November hingga 31 Disember 2020. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading