Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAKIT COVID-19 TERJUN DARI TINGKAT 6 HOSPITAL DI SABAH

DALAM NEGARA

PESAKIT COVID-19 TERJUN DARI TINGKAT 6 HOSPITAL DI SABAH

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang sedang menerima rawatan akibat menghidap kanser dan posifif COVID-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) terjun dari tingkat 6 hospital berkenaan.

Harian Metro melaporkan, kejadian kira-kira jam 8 malam semalam itu menyebabkan mangsa yang berusia 64 tahun cedera parah.

Lelaki itu dilaporkan terselamat selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa dipercayai tertekan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Mangsa yang parah akibat kejadian itu kemudian dibawa turun oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Mangsa kini dirawat di hospital sama dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mengambil keterangan mangsa,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading