Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI BALING BOM DALAM RESTORAN DIBURU POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI BALING BOM DALAM RESTORAN DIBURU POLIS

Pengadu berusia 35 tahun memaklumkan mendengar bunyi letupan yang kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki melempar objek dipercayai bom di sebuah restoran di kawasan Jalan Abdul Samad, di sini.

Terdahulu, video berhubung kejadian tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, hasil siasatan menerusi semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku pada 13 Mei kira-kira jam 4.15 pagi.

“Pengadu berusia 35 tahun memaklumkan mendengar bunyi letupan yang kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

“Hasil semakan di kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap berhenti di pagar premis.

“Kelihatan suspek keluar dari kenderaan dan melempar satu objek ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Raub berkata, empat cermin tingkap pecah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain suspek merupakan seorang lelaki yang bangsanya tidak dikenal pasti.

“Polis masih menyiasat punca kejadian. Kes disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh hubungi talian hotline IPD JBS07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie 011-35202900,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading