Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI ORANG ASLI MAUT DIPIJAK GAJAH DI GERIK

DALAM NEGARA

LELAKI ORANG ASLI MAUT DIPIJAK GAJAH DI GERIK

Anak perempuan mangsa bersama abang iparnya pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.

IPOH: Seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 65 tahun ke kebun getah berkenaan untuk mencari kayu kira-kira 3.15 petang.

Beliau berkata anak perempuan mangsa berusia 44 tahun yang berada di rumah kebun berhampiran tempat kejadian kemudian terdengar bunyi teriakan bapanya serta bunyi suara gajah.

“Selepas reda, anak perempuan mangsa bersama abang iparnya pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata pada masa itu, anak mangsa terlihat kelibat seekor gajah di kawasan tersebut dan mangsa dipercayai telah terserempak dan dipijak gajah berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading