KUALA LUMPUR: Lesen Khas Umrah (LKU), iaitu syarat
khas bagi agensi pelancongan dan pengembaraan tempatan mengendalikan umrah, dimansuhkan
berkuatkuasa 1 September lalu.
Sebailknya, LKU digantikan dengan penambahan bidang di bawah lesen Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah (IOTU) (lesen pengembaraan dalam negara, luar negara, penjualan tiket dan umrah dan ziarah) di bawah Bahagian Pelesenan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Perkara itu dimaklumkan kepada media oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) selepas sesi penerangan peraturan baru umrah bersama Bahagian Pelesenan MOTAC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Timbalan Presiden MATTA, Mohd Akil Yusof (tengah) memaklumkan LKU dimansuh pada 1 September lalu selepas sesi penerangan peraturan baharu umrah MOTAC di PWTC hari ini.
Timbalan Presiden MATTA, Mohd Akil Yusof berkata, langkah itu antara lain melonggarkan syarat sebelum ini bahawa hanya agensi pengendali umrah tempatan yang mempunyai kontrak dengan muasassah (agensi pengendali umrah di Arab Saudi) boleh mengendalikan umrah.
Beliau berkata syarat-syarat lain, terutama syarikat pemilikan 100 peratus orang Islam (seperti dalam LKU) dikekalkan.
Katanya, peraturan baru itu dijangka
meningkatkan jumlah agensi pengendali umrah tempatan.
“Umrah bukan perniagaan, ia adalah ibadah,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai peraturan baharu umrah itu.
Mengulas lanjut, Mohd Akil berkata tidak banyak agensi pelancongan dan pengembaraan tempatan yang dapat memenuhi syarat LKU sebelum ini, termasuk perlu mempunyai kontrak dengan muasassah dan jaminan bank RM200,000.
LKU dikuatkuasakan MOTAC pada 1 Oktober 2017
bagi mengatasi isu penipuan umrah di negara ini.
Sebelum LKU, agensi pelancongan dan
pengembaraan tempatan hanya perlu mempunyai lesen pengembaraan luar negara
untuk menjalankan pakej umrah sebelum ia diperketatkan dengan pelaksanaan lesen
khas itu.
Pada sidang media sama, MATTA turut memaklumkan kos umrah dijangka naik susulan penguatkuasaan yuran kerajaan Arab Saudi berjumlah Saudi Riyal (SR) 300 yang dikenakan bermula 9 September.
Yuran kerajaan Arab Saudi itu adalah bayaran tambahan kepada kos visa umrah dan perkhidmatan berkaitan berjumlah SR200 sedia ada, yang turut dilaporkan Berita AlHijrah pada 10 September lalu.
Data terkini menunjukkan peningkatan jumlah
jemaah umrah dari Malaysia iaitu 249,000 jemaah pada tahun 1439 Hijrah kepada 278,000
jemaah umrah pada musim haji 1440 Hijrah –
AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager