Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LTDL 2023: TIGA PELUMBA GIANT CYCLING CEDERA RINGAN,VAN TERBALIK

DALAM NEGARA

LTDL 2023: TIGA PELUMBA GIANT CYCLING CEDERA RINGAN,VAN TERBALIK

Tiga pelumba dari China, Giant Cycling Team berdepan detik cemas selepas van yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan ke Baling,Kedah pagi tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

KOTA BAHRU: Tiga pelumba dari China, Giant Cycling Team berdepan detik cemas selepas van yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan ke Baling,Kedah pagi tadi.

Terdahulu,Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei dibatalkan penyertaan selepas gagal tiba di lokasi pelepasan Peringkat 3 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 10 pagi tadi.

Disebabkan itu, tiga pelumba berkenaan menaiki van dan meneruskan perjalanan ke garisan penamat di Jalan Syed Sheh di Baling, Kedah.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2023, Emir Abdul Jalal berkata, kemalangan itu berlaku di zon neutral laluan perlumbaan di Jeli.

Beliau berkata, ketiga-tiga pasukan dari China itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Pasukan Giant Cycling Team hanya menghantar empat pelumba mereka ke LTdL musim 2023.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading