MAHKAMAH PERINTAH LELAKI MENGAMUK DI LEBUH RAYA DI HANTAR KE HOSPITAL BAHAGIA
Sewaktu pertuduhan dibacakan kepadanya, dia kelihatan bercakap seorang diri dalam keadaan yang tidak stabil dan sehingga diminta untuk menenangkan diri.
KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang sebelum ini tular mengamuk di Lebuhraya PLUS di Kuala Kangsar, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, untuk tempoh 30 hari bagi pemantauan dan pemeriksaan psikiatri.
Hakim Rohaida Ishak mengeluarkan perintah itu terhadap Zainordin Mohamed, 36, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Muhamad supaya tertuduh dihantar ke hospital berkenaan bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Nur Asmaniza berkata Zainordin tidak dalam keadaan waras sewaktu tempoh penahanan remannya, justeru perlu menjalani pemeriksaan serta pemeriksaan di hospital tersebut.
Zainordin mengaku bersalah atas pertuduhan itu serta dua lagi pertuduhan dan sewaktu pertuduhan dibacakan kepadanya, dia kelihatan bercakap seorang diri dalam keadaan yang tidak stabil dan sehingga diminta untuk menenangkan diri.
Bagi pertuduhan pertama, Zainordin didakwa melakukan khianat iaitu menendang cermin sisi sebelah kanan sebuah kereta sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200.
Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara tidak kurang setahun atau lebih lima tahun atau denda dan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Zainordin sebagai pemandu sebuah kereta jenis Toyota Vios, didakwa telah memberhentikan kenderaan tersebut di lorong kanan dalam kedudukan yang mungkin menyebabkan halangan kepada pengguna lain.
Pertuduhan mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak kurang setahun atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di KM 253 Lebuhraya Utara Selatan Kuala Kangsar di sini, pada 6.09 petang pada 12 Jun lepas.
Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memasukkan dadah jenis ganja THC (Tetra Hydrocannibol) pada diri sendiri di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar pada 3.40 petang, 14 Jun lepas.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.
Hakim menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula semua kes itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests