Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA, IRAN SENADA PERJUANG ISU PALESTIN, LUBNAN DAN SYRIA – MOHAMAD 

DALAM NEGARA

MALAYSIA, IRAN SENADA PERJUANG ISU PALESTIN, LUBNAN DAN SYRIA – MOHAMAD 

Mesir mengesahkan akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

TEHRAN: Malaysia dan Iran senada dalam memperjuangkan isu kemanusiaan melibatkan keganasan Israel terhadap Palestin, Lubnan dan Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian di pejabatnya di sini yang berlangsung kira-kira 30 minit pada Rabu. 

“Dalam kunjungan hormat itu, kita nyatakan bukan sahaja hubungan pelbagai hala malah kita bersama dalam usaha menentang keras sebarang bentuk keganasan, baik di Palestin, Lubnan mahupun Syria, terutama cadangan Israel dan pihak lain untuk memindahkan rakyat Palestin keluar dari Gaza.

“Kita tunggu apa akan diputuskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada Selasa ini, untuk kita bawa dalam mesyuarat peringkat Menteri Luar OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) 7 Mac nanti,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan bersama warga Kedutaan Malaysia di Iran sebelum mengakhiri lawatan rasmi sulungnya ke negara itu hari ini.

Anadolu Ajansı (AA) sebelum ini melaporkan Mesir mengesahkan akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Sidang kemuncak itu diadakan susulan cadangan Presiden Amerika Syarikat  Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin kewilayah lain, dengan menyatakan hasrat membangunkannya sebagai “Riviera Timur Tengah.

Pada 16 Feb lepas, media melaporkan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengesahkan negaranya sedang merangka pelan pemulihan Gaza secara menyeluruh tanpa memindahkan rakyat Palestin.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamad berkata perkembangan di Timur Tengah amat penting dan Malaysia juga bimbang dengan keadaan di kawasan terjejas.

“Untuk Palestin, kita dengar khabar bahawa Mesir dan Arab Saudi ada cadangan tentang bagaimana untuk uruskan keadaan di Gaza selepas gencatan senjata dilaksanakan.

“Jadi kita harap gencatan senjata ini akan berkekalan seterusnya boleh kita fokus bincang berkenaan pembangunan semula Gaza,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading