Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH HUD ARYAN SELAMAT DIKEBUMIKAN DI TANAH MERAH

DALAM NEGARA

JENAZAH HUD ARYAN SELAMAT DIKEBUMIKAN DI TANAH MERAH

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu, selepas jenazah disolatkan di Masjid Mukim Kuala Tiga kira-kira 1 pagi.

Tangkap layar daripada video pengebumian jenazah Hud Aryan.

Sumber: BERNAMA

TANAH MERAH: Jenazah kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga di sini awal pagi tadi.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu, selepas jenazah disolatkan di Masjid Mukim Kuala Tiga kira-kira 1 pagi. 

Terdahulu, jenazah dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Tanah Merah setelah proses bedah siasat selesai sebelum dimandikan dan dikafankan. 

Bapa kepada Allahyarham Mohd Nor Hafifi Saidee, 34, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota pasukan keselamatan seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung yang bertungkus lumus mencari anaknya sejak tiga hari lepas.

“Saya dan isteri Azean Nur Atikah Ramley, 34, reda dengan pemergian arwah serta ingin ucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang mendoakan kesejahteraan arwah Hud Ryan,” katanya.

Pada Isnin, kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Kampung Aira Kuala Tiga dan operasi pencarian turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit K9 serta penduduk kampung. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading