Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAYAT KANAK-KANAK 19 BULAN DITEMUKAN DI TEBING SUNGAI BERHAMPIRAN RUMAH

DALAM NEGARA

MAYAT KANAK-KANAK 19 BULAN DITEMUKAN DI TEBING SUNGAI BERHAMPIRAN RUMAH

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Asmadi Ariffin berkata mangsa, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dijumpai oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.15 petang dengan jarak tiga kilometer dari rumahnya.

TANAH MERAH: Kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang hilang sejak Isnin lepas ditemukan meninggal dunia di tebing sungai berhampiran rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, di sini petang ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Asmadi Ariffin berkata mangsa, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dijumpai oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada 4.15 petang dengan jarak tiga kilometer dari rumahnya.

“Operasi SAR yang memasuki hari ketiga itu bermula pada 10.15 pagi melibatkan anggota polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.  

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk proses selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, bapa saudara mangsa Nur Rahimi Muaz Ramli, 30, ketika dihubungi berkata mereka sekeluarga menghargai jasa dan sumbangan serta pertolongan yang diberikan oleh semua pihak dalam usaha mencari Hud Aryan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading