Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK OKU MENTAL TETAK BAPA DITAHAN

DALAM NEGARA

SUSPEK OKU MENTAL TETAK BAPA DITAHAN

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 5 petang di kampung itu dan mangsa, Halim Lebai Othman yang cedera pada bahagian kepala dan telinga kiri serta dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini telah dibenarkan keluar wad semalam.

KANGAR: Lelaki memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang dipercayai menetak bapanya berusia 73 tahun, Isnin lepas berjaya ditahan di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dengan dibantu pasukan petugas khas IPD Kangar pada 10 pagi ketika berlegar-legar di sekitar kawasan kampung itu dalam keadaan lemah.

“Semasa tangkapan dibuat, senjata yang dipercayai digunakan pada hari kejadian (tetak) tiada dalam simpanan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku pada 5 petang di kampung itu dan mangsa, Halim Lebai Othman yang cedera pada bahagian kepala dan telinga kiri serta dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini telah dibenarkan keluar wad semalam.

Polis katanya akan mengemukakan permonon reman terhadap lelaki OKU itu esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading