DBKL PERTIMBANG SENARAI HITAM, BATAL LESEN PENIAGA JUAL TAPAK BAZAR RAMADAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berucap pada sidang media selepas sesi taklimat berkaitan Bazar Ramadan dan Aidilfitri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diadakan di Pullman Kuala Lumpur, hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan pembatalan lesen dan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak sewaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
“Sekiranya ada aduan berkaitan perkara itu dan didapati benar ia berlaku, DBKL akan ambil tindakan tegas terhadap kedua-dua pihak iaitu pemberi lesen (yang menjual tapak kepada pihak ketiga) dan penerima (yang menyewa di atas tapak sewaan) dengan membatalkan lesen mereka dan kita akan senarai hitam.
“Ini satu amaran keras kerana kali ini kita mahu supaya pelaksanaan (bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Lumpur) dilakukan secara betul selain usaha untuk membantu golongan peniaga kecil,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat Media berhubung Bazar Ramadan dan Aidilfitri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 di sini hari ini, yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata setakat ini DBKL belum menerima sebarang aduan berkaitan cubaan untuk penjualan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada pihak ketiga.
Pada masa yang sama, beliau berkata orang ramai juga boleh membuat aduan kepada DBKL mahupun polis sekiranya mengetahui ada mana-mana pihak mahu menjual atau melelong tapak sewaan bazar tersebut kepada pihak ketiga agar tindakan segera boleh diambil.
Selain itu, beliau turut mengingatkan peniaga di tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri supaya tidak menggunakan khidmat pembantu warga asing sebagai pekerja kerana ia telah ditetapkan dalam perundangan kecil DBKL.
“Pemotongan cagaran 100 peratus daripada kadar caj sewaan tapak juga akan dikenakan sekiranya didapati peniaga bazar tersebut menggajikan pekerja warga asing sama ada yang memiliki dokumen sah atau sebaliknya.
“Selain itu, suntikan tifoid sangat penting kerana sekiranya tiada suntikan itu mungkin boleh menyebabkan keracunan makanan serta penularan penyakit, dan saya minta supaya perkara ini dimasukkan sebagai syarat utama untuk potong cagaran 100 peratus sekiranya peniaga tidak mengambil suntikan berkenaan,” katanya.
Kadar caj bagi bazar Ramadan tahun ini ialah RM500 termasuk cagaran RM200 manakala caj bagi bazar Aidilfitri ialah RM2,700 termasuk cagaran RM2,000.
Dalam perkembangan sama, Dr Zaliha berkata setakat ini permohonan lesen berniaga di lot sewaan tapak bazar Ramadan serta Aidilfitri yang telah diluluskan hampir penuh.
DBKL menyediakan 3,567 tapak sewaan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini membabitkan 42 lokasi yang meliputi 40 bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.