Mesir menolak sebarang cadangan untuk mengambil alih pentadbiran Semenanjung Gaza, susulan gesaan ketua pembangkang Israel Yair Lapid agar Kaherah mentadbir wilayah Palestin itu buat sementara waktu.
KAHERAH: Mesir pada Rabu menolak sebarang cadangan untuk mengambil alih pentadbiran Semenanjung Gaza, susulan gesaan ketua pembangkang Israel Yair Lapid agar Kaherah mentadbir wilayah Palestin itu buat sementara waktu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap Kementerian Luar Mesir menyifatkan cadangan itu sebagai langkah sementara yang hanya akan berlarutan tanpa menyelesaikan konflik secara muktamad.
“Sebarang cadangan yang menyimpang daripada pendirian tetap Mesir dan negara Arab, serta asas penyelesaian konflik yang sebenar, — iaitu pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka — adalah tidak boleh diterima,” kata jurucakap kementerian, Tamim Khallaf dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa Gaza dan Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, adalah sebahagian daripada wilayah Palestin yang sepatutnya berada di bawah kedaulatan penuh rakyat Palestin.
Pada Selasa, Lapid mencadangkan supaya Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza selama 15 tahun sebagai pertukaran kepada pembatalan hutang luar negara Kaherah yang berjumlah lebih US$150 bilion.
Ketua pembangkang itu mengutarakan cadangan berkenaan semasa berucap di Foundation for Defense of Democracies (FDD) di Washington dan kemudiannya dimuat naik di platform X.
Lapid mendakwa bahawa dalam tempoh 15 tahun itu, “Gaza akan dibangunkan semula dan syarat untuk pemerintahan sendiri akan diwujudkan. Mesir akan menjadi pemain utama dan akan menyelia pembinaan semula Gaza, sekali gus mengukuhkan ekonominya.”
Sementara itu, kumpulan Palestin Hamas menolak sebarang cadangan untuk meletakkan senjata atau dikeluarkan dari Gaza, sambil menegaskan bahawa masa depan wilayah itu mesti ditentukan melalui konsensus nasional rakyat Palestin.
Israel terus menduduki wilayah Palestin, Syria dan Lubnan serta enggan berundur atau mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya berdasarkan garis sempadan sebelum 1967.
Gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tawanan dikuatkuasakan di Gaza sejak bulan lalu, menghentikan sementara perang Israel yang meragut hampir 48,350 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan wilayah itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked