Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAJA SALMAN LULUSKAN PENGAGIHAN 1.2 JUTA NASKHAH AL-QURAN UNTUK RAMADAN

DUNIA

RAJA SALMAN LULUSKAN PENGAGIHAN 1.2 JUTA NASKHAH AL-QURAN UNTUK RAMADAN

Raja Arab Saudi Raja Salman berkenan meluluskan pengagihan 1.2 juta naskhah al-Quran, termasuk terjemahan dalam 79 bahasa kepada pusat Islam dan kebudayaan serta pejabat atase agama kedutaan Arab Saudi di seluruh dunia.  

Sumber gambar: AFP

RIYADH: Raja Arab Saudi Raja Salman berkenan meluluskan pengagihan 1.2 juta naskhah al-Quran, termasuk terjemahan dalam 79 bahasa kepada pusat Islam dan kebudayaan serta pejabat atase agama kedutaan Arab Saudi di seluruh dunia.  

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), inisiatif itu adalah sebahagian daripada program pemberian al-Quran oleh Raja Salman yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan serta meliputi 45 negara sepanjang Ramadan.  

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Sheikh Dr Abdullatif Al Alsheikh menzahirkan rasa terima kasih kepada Raja Salman serta Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, atas sokongan berterusan mereka dalam memberi khidmat kepada umat Islam di seluruh dunia.

Beliau menyifatkan naskhah yang diagihkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi dalam menyebarkan ajaran al-Quran dan memastikan umat Islam di seluruh dunia mendapat manfaat daripadanya, terutamanya semasa Ramadan.  

Menteri itu turut menekankan sokongan berterusan daripada kepimpinan negara dalam memperkasakan misi kementerian untuk mempromosikan nilai sebenar Islam iaitu toleransi dan hidup bersama.

Semua persiapan logistik telah selesai dengan pengagihan akan dilaksanakan dengan penyelarasan pejabat atase agama, pusat berkaitan, serta pelbagai majlis dan organisasi Islam bagi memastikan penghantaran tepat pada masanya sepanjang Ramadan, tambahnya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading