UCAPAN PM ANWAR BERI KEFAHAMAN AMALAN PUASA DIIKTIRAF PELBAGAI AGAMA – IKIM
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata puasa Ramadan adalah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan ke atas umat Islam dan amalan berpuasa turut wujud dalam agama lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan Sikh.
KUALA LUMPUR: Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ibadah puasa baru-baru ini bertujuan memberi kefahaman bahawa puasa adalah amalan yang turut diiktiraf oleh pelbagai agama, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil.
Beliau berkata puasa Ramadan adalah satu daripada rukun Islam yang diwajibkan ke atas umat Islam dan amalan berpuasa turut wujud dalam agama lain seperti Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha dan Sikh.
“Setiap agama mempunyai cara, tujuan dan syarat-syarat tersendiri dalam melaksanakan puasa mereka seperti sempena memperingati kejadian tertentu, penebusan dosa, mengharap pengampunan dan penyucian rohani.
“Ini menunjukkan bahawa puasa adalah satu bentuk amalan universal, malah dalam Islam selain meningkatkan ketakwaan, puasa juga satu bentuk amalan mendisiplinkan diri, membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat tentang kedudukan puasa dalam Islam dan kaitannya dengan puasa dalam agama lain, berdasarkan ucapan Perdana Menteri mengenai amalan puasa baru-baru ini.
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) dalam kenyataan menggesa pihak autoriti agama supaya mengambil langkah menegur Perdana Menteri berikutan kenyataan beliau yang menyandarkan pandangan terhadap puasa umat terdahulu secara tidak tepat, khususnya dalam konteks ayat Al-Quran.
DUPP memaklumkan kenyataan Anwar yang cuba mengaitkan puasa golongan bukan Islam, seperti yang diamalkan dalam agama Kristian, Yahudi atau Hindu tidak seharusnya dihubungkan dengan ayat Al-Quran.
Mohamed Azam berkata walaupun puasa diamalkan oleh pelbagai agama, apa yang membezakan puasa dalam Islam adalah syarat, rukun dan tujuannya, malah puasa pada bulan Ramadan dilaksanakan dengan niat ikhlas untuk mencapai ketakwaan kepada Allah SWT.
“Penjelasan ini juga diharap dapat mengukuhkan hubungan harmoni antara penganut agama di Malaysia agar saling memahami persamaan dan mengetahui batas perbezaan. Menghormati kepelbagaian dan bersikap tasamuh mampu mengelak salah faham yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan nasional.
“Kami mengajak semua pihak mengambil ibrah (pengajaran) dan hikmah daripada Ramadan agar mampu menjadi medium untuk membina disiplin diri, empati dan kepekaan terhadap masyarakat sekeliling,” katanya.
Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali pula berkata huraian oleh Perdana Menteri terhadap maksud ayat “sebagaimana” sudah menepati apa maksud al-Quran yang dihuraikan oleh ulama Islam iaitu “persamaan” dari sudut konsep puasa yang diwajibkan pada umat terdahulu tetapi berbeza pada cara dan perlakuan ibadah.
“DUPP perlu ditegur kerana membuat tafsiran baharu tersendiri yang menyempitkan maksud apabila menyatakan maksud ‘umat yang terdahulu berpuasa’ dalam ayat al-Quran tersebut adalah atas dasar syariat, ketauhidan dan kepatuhan ke atas ajaran Islam.
“Hal ini kerana para ulama ketika mentafsirkan ayat di atas telah menyebut tentang puasa orang Kristian yang direka oleh paderi-paderi Kristian dan tentunya ia bukannya atas dasar ketauhidan. Begitu juga puasa Asyura orang Arab Jahiliah tentunya bukan atas dasar ketauhidan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Justeru, beliau menasihati DUPP agar tidak mencari titik berbeza dengan Perdana Menteri kerana perbezaan parti dan pegangan politik untuk diangkat menjadi polemik.
“Sewajarnya kita mengangkat titik-titik kebersamaan untuk digerakkan bagi memperkasakan lagi Islam dalam negara,” katanya.
Sementara itu, Pertubuhan Duat Al-Falah dalam kenyataan memaklumkan walaupun terdapat perbezaan antara puasa umat terdahulu dengan telah disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad SAW seperti perbezaan bilangan hari dan waktu yang telah ditetapkan, tetapi ada juga persamaan.
“Antara persamaan itu ialah menahan diri daripada makan dan minum serta bersama dengan isteri, namun tujuan dan matlamat utama pensyariatan puasa itu sendiri adalah untuk mendapat keredaan dan menambah ketaatan kepada Allah SWT,” menurut kenyataan itu.
Penyelaras Pondok Siyasah Luqman Tarmizi berkata berdasarkan penelitiannya terhadap kenyataan sebenar dan rujukan terhadap kitab tafsir ulama muktabar, tiada unsur kekeliruan serta kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri yang didakwa boleh “merosakkan pandangan masyarakat terhadap pensyariatan puasa”.
“Faktanya jelas, bahawa ibadah puasa itu memang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap umat sebelum kita terutamanya golongan ahli kitab, namun tanpa menafikan berlakunya pengubahan oleh umat mereka yang terkemudian,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook Pondok Siyasah.
Luqman turut menasihati umat Islam untuk mengutamakan sikap sangka baik sesama Muslim daripada suka mencari kesalahan dan memperbesar-besarkan sesuatu lebih daripada sepatutnya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.