Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KPWKM TAWAR KHIDMAT KAUNSELING KEPADA MANGSA GAMBAR BOGEL AI – NANCY

DALAM NEGARA

KPWKM TAWAR KHIDMAT KAUNSELING KEPADA MANGSA GAMBAR BOGEL AI – NANCY

Nancy berkata demikian berhubung laporan media mendakwa lebih 300 pelajar perempuan sekolah menengah di Seremban menjadi mangsa penyuntingan gambar bogel menggunakan teknologi AI, yang difahamkan bukan sahaja disebarkan dalam kalangan pelajar di sekolah malah dijual menggunakan aplikasi Telegram.

Sumber Gambar: BERNAMA

GEORGE TOWN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menyediakan khidmat kaunseling kepada 300 pelajar perempuan di Seremban, Negeri Sembilan yang didakwa menjadi mangsa gambar bogel hasil suntingan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata terdapat beberapa agensi di bawah KPWKM yang menyediakan khidmat itu termasuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Beliau berkata walaupun kementerian itu belum menjalinkan kerjasama khusus berhubung kes itu, namun pihaknya akan melihat keperluan untuk mengambil tindakan bersesuaian.

“Kita terbuka kepada mereka yang hendak datang kepada kita. Kalau kita hendak mencari mereka, ia agak mengambil masa kerana berdasarkan keadaan gambar AI itu, agak sukar untuk kita mengetahui siapa mereka.

“Kita mahu beritahu terutama kepada keluarga, jika mereka memerlukan kaunseling daripada kementerian, kita ada kaunselor bertauliah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pink CaRe: Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Waterfront Pulau Pinang (PWCC) di sini hari ini.

Nancy berkata demikian berhubung laporan media mendakwa lebih 300 pelajar perempuan sekolah menengah di Seremban menjadi mangsa penyuntingan gambar bogel menggunakan teknologi AI.

Gambar mengaibkan itu difahamkan bukan sahaja disebarkan dalam kalangan pelajar di sekolah malah dijual menggunakan aplikasi Telegram. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading