MANGSA BANJIR KONGSI DETIK CEMAS BERPAUT PADA AMPAIAN UNTUK SELAMATKAN DIRI
Seorang mangsa banjir di sini berkongsi detik cemas apabila terpaksa berpaut pada ampaian baju di halaman rumah sambil meletakkan anak-anaknya di atas penutup tong ais bagi menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat malam tadi.
TAIPING: Seorang mangsa banjir di sini berkongsi detik cemas apabila terpaksa berpaut pada ampaian baju di halaman rumah sambil meletakkan anak-anaknya di atas penutup tong ais bagi menyelamatkan diri dalam kejadian banjir kilat malam tadi.
Suhaziman Mohd Suhaimi, 35, dari Taman Larah Damai di sini berkata kejadian itu menyaksikan air naik mendadak sebaik mula memasuki kawasan rumah sehingga mencecah paras leher dalam tempoh hanya kira-kira lima minit.
“Dua anak perempuan saya masing-masing berusia lima tahun dan empat bulan sudah menangis ketakutan sementara menanti bantuan disebabkan paras air yang sangat tinggi akibat hujan lebat berterusan lebih tiga jam sejak 4 petang,” katanya kepada Bernama di kediamannya di sini hari ini.
Suhaziman sekeluarga yang kini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Changkat Larah ditemui ketika pulang seketika bagi membersihkan kediamannya.
Beliau yang bekerja di Hospital Taiping berkata segala perabot, barangan elektrik serta dokumen peribadi termasuk kereta dan motosikal miliknya serta isteri tidak sempat diselamatkan.
Suhaziman bagaimanapun bersyukur kerana keluarganya selamat dan itu adalah kali pertama kediaman mereka dilanda banjir kilat selama tiga tahun tinggal di kawasan berkenaan.
Video situasi mendebarkan ketika beliau berpaut pada ampaian bersama anak-anaknya di halaman rumah itu turut tular di media sosial sejak malam tadi.
Taman Larah Damai merupakan antara kawasan terjejas dalam kejadian banjir yang melanda dua daerah di Perak iaitu di Larut, Matang dan Selama (LMS) dan Manjung sehingga memaksa lebih 2,000 mangsa berlindung di 22 PSS.
Seorang lagi mangsa banjir, Muaz Baharuddin, 30, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping berkata banjir kilat yang berlaku semalam disifatkan seperti kejadian kepala air.
“Ini kerana secara tiba-tiba rumah saya dimasuki air yang cukup deras dan parasnya terus meningkat dalam masa beberapa minit sahaja.
“Saya terpaksa keluar menyelamatkan diri ikut pintu dapur sebab pintu gelangsar depan sudah tidak boleh dibuka kerana air banjir mencecah paras leher,” katanya sambil memaklumkan isteri dan anak perempuannya tiada di rumah ketika kejadian.
Muaz berkata beliau hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen peribadi dengan meletakkannya di tempat yang tinggi, namun kereta serta motosikal miliknya tidak sempat diselamatkan.
Sementara itu, Mohamad Hailzandan Zakaria, 49, berkata beliau bersama isteri tiada di rumah semasa kejadian itu yang memusnahkan hampir semua kelengkapan rumahnya.
“Perabot, barangan elektrik serta perkakas rumah banyak yang nak kena buang sebab rosak teruk. Dua buah motosikal saya juga rosak ditenggelami banjir,” katanya yang sudah dua tahun tinggal di kawasan berkenaan.
Setakat 8 pagi tadi, sebanyak 2,171 penduduk daripada 759 keluarga dipindahkan ke 22 PPS di daerah LMS serta Manjung apabila hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah berkenaan dinaiki air.
Antara kawasan terjejas di LMS ialah Kampung Sungai Baru, Kampung Salak Baru, Kampung Sungai Lubok, Kampung Masjid, Taman Kota Wira, Taman Kemunting Tiara, Taman Lara Aman, Taman Lara Damai dan Kampung Changkat Larah, Taman Kaya dan Taman Damai.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked