Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ISU ARAK: TERIMA TEGURAN PM, TAK PERLU BALAS DENGAN KATA-KATA KERAS DAN EMOSI

UTAMA

ISU ARAK: TERIMA TEGURAN PM, TAK PERLU BALAS DENGAN KATA-KATA KERAS DAN EMOSI

Teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan penggunaan alkohol dalam mana-mana majlis di kawasan sekolah perlu diterima secara terbuka oleh semua pihak kerana budaya tersebut sangat tidak sesuai dan tidak wajar.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan penggunaan alkohol dalam mana-mana majlis di kawasan sekolah perlu diterima secara terbuka oleh semua pihak kerana budaya tersebut sangat tidak sesuai dan tidak wajar.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Bashir Mohamed Al-Azhari berkata teguran tersebut adalah berasaskan prinsip moral dan tanggungjawab sosial, bukan bersifat menyentuh sensitiviti kaum atau mana-mana agama.

“Teguran tersebut membawa pesanan kebaikan untuk seluruh rakyat, agar aktiviti sosial dijalankan dengan lebih berhemah dan selaras dengan nilai kemasyarakatan yang kita kongsi bersama.

“Budaya melibatkan penggunaan alkohol di kawasan sekolah adalah sesuatu yang sangat tidak sesuai dan tidak wajar. Sekolah di negara kita berperanan memupuk nilai-nilai moral yang baik serta membentuk generasi berakhlak, yang pastinya menolak budaya negatif seperti alkohol, dadah, rokok, dan apa-apa jua yang membahayakan kesihatan dan merosakkan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya tiada keperluan untuk membalas teguran perdana menteri dengan kata-kata keras atau emosional.

Dalam masyarakat majmuk, amat wajar bersikap terbuka terhadap nasihat yang membina, apatah lagi apabila ia datang daripada seorang pemimpin yang memikul amanah menjaga kesejahteraan rakyat seluruhnya.

“Islam dan semua agama mengajar kita untuk menghormati nasihat serta menerima teguran dengan hati terbuka.

“Budaya saling menasihati inilah asas kepada masyarakat Madani yang bersatu atas nilai moral dan kebaikan sejagat,” katanya.

Anwar baru-baru ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penganjuran pesta arak atau aktiviti yang bercanggah dengan nilai pendidikan di kawasan sekolah, termasuk selepas waktu persekolahan.

Beliau berkata walaupun premis sekolah disewa oleh pihak luar, seperti persatuan alumni, ia tidak wajar digunakan untuk kegiatan yang melanggar peraturan dan falsafah pendidikan negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading