Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FASILITATOR LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH AMANG SEKSUAL MURID 12 TAHUN 

UTAMA

FASILITATOR LELAKI MENGAKU TIDAK BERSALAH AMANG SEKSUAL MURID 12 TAHUN 

Seorang fasilitator lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 12 tahun ketika menyertai kem motivasi, dua minggu lepas.

BALIK PULAU: Seorang fasilitator lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki berusia 12 tahun ketika menyertai kem motivasi, dua minggu lepas.

Mohamad Firdaus Abdul Shukor, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah kem di Kampung Genting antara 4.09 hingga 4.30 pagi, 12 Okt.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R Lushani tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam. 

Mahkamah kemudiannya mengarahkan kes berkenaan dirujuk ke Mahkamah Sesyen untuk proses jaminan serta menetapkan 28 Okt untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Kes melibatkan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading