POLIS TAHAN TIGA LELAKI BERGADUH BEREBUT TEMAN WANITA
Polis menahan tiga individu dipercayai terlibat dengan satu kes pergaduhan di Bandar Setia Alam, yang video kejadian tular di media sosial sejak semalam.
SHAH ALAM: Polis menahan tiga individu dipercayai terlibat dengan satu kes pergaduhan di Bandar Setia Alam, di sini yang video kejadian tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden pergaduhan membabitkan empat orang lelaki itu pada 3.51 petang, semalam.
Beliau berkata mengikut laporan, kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Setia Y U13/Y Bandar Setia Alam dan sempat dirakam orang awam yang berada di lokasi ketika kejadian.
“Bertindak di atas maklumat, polis daripada pasukan D7 (Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme) menahan dua lelaki masing-masing berusia 44 dan 69 tahun di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 8 malam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata hasil pandu arah kedua-dua suspek, telah membantu polis merampas sebatang kayu berukuran lebih kurang 91 sentimeter (cm) panjang di lokasi pergaduhan.
Beliau berkata polis kemudiannya menahan seorang lagi suspek berusia 22 tahun di hadapan rumah di Taman Kapar, Klang manakala seorang lagi suspek masih giat dikesan.
“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai saling mengenali dan pergaduhan dipercayai menjurus kepada kes cemburu, apabila teman wanita seorang daripada suspek keluar janji temu dengan suspek yang lebih muda,” katanya.
Mohd Iqbal kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan rusuhan menggunakan senjata kayu atau rotan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Mohamad Hanafi Abdul Ghani ditalian 010-3728932 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked