MBSA PERUNTUK RM150 JUTA NAIK TARAF PERPARITAN, KOLAM TADAHAN TANGANI BANJIR
“Pada tahun ini, kami akan memberi tumpuan dahulu di kawasan seperti Taman Sri Muda; Seksyen 13; Taman Mesra dan Taman Tun Dr Ismail Jaya untuk dinaik taraf sistem perparitan mereka,”
Gambar hiasan/AFP (Gambar kecil: Datuk Zamani Ahmad Mansor)
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk tempoh tiga tahun bagi menaik taraf sistem perparitan utama dan kolam takungan di kawasan perbandaran itu bagi langkah menangani masalah banjir.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata untuk tahun pertama sebanyak RM50 juta dari jumlah peruntukan itu akan digunakan bagi menaik taraf sistem perparitan dan kolam takungan di kawasan yang sering dilanda banjir.
“Pada tahun ini, kami akan memberi dahulu tumpuan di kawasan seperti Taman Sri Muda; Seksyen 13; Taman Mesra dan Taman Tun Dr Ismail Jaya untuk dinaik taraf sistem perparitan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sesi townhall bagi Penyediaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam bagi tahun 2022-2024, di sini hari ini.
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor (tengah) bergambar bersama peserta dan tetamu jemputan selepas merasmikan Majlis Perasmian Sesi Townhall Bagi Penyediaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) di Mardhiyyah Seksyen 14 Shah Alam, hari ini. –fotoBERNAMA
Zamani Ahmad berkata kawasan Shah Alam memerlukan sekurang-kurangnya reka bentuk 50 tahun kala purata ulangan (ARI) kerana sistem perparitan yang ada sekarang hanya menampung kapasiti dari 5 ke 20 ARI dan tidak lagi sesuai ekoran peningkatan taburan hujan yang tidak menentu.
Selain itu katanya, bagi hala tuju Penyediaan Pelan Tindakan Banjir Shah Alam, pihaknya juga akan mengambil kira kerja-kerja menaik taraf kolam takungan agar mampu menampung air sehingga 100 ARI.
“MBSA juga merancang untuk menyediakan struktur tebatan banjir yang mampu mengawal situasi banjir luar biasa dan menyokong sistem tebatan banjir yang disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager