JUAL NASI BUNGKUS DENGAN ‘KATA LALUAN’ UNTUK KAKI PONTENG PUASA
Serbuan di sebuah kedai yang terletak di pekan Pendang mendapati pintunya ditutup rapat dan hanya akan dibuka sekiranya pelanggan tetap datang dan membuat ‘ketukan khas’ sebagai kata laluan.
Penguatkuasa menunjukkan plastik hitam yang digunakan peniaga untuk menjual makanan kepada golongan ponteng puasa.
PENDANG: Seorang peniaga mengenakan bayaran RM4.50 untuk nasi bungkus dan teh ais kepada golongan kaki ponteng puasa, malah tidak segan silu untuk membuka kedainya seawal jam 8 pagi sebagaimana operasi harian pada bulan selain Ramadan.
Bagaimanapun, perbuatan lelaki berusia 50 tahun itu mengundang padah apabila diserbu pegawai dan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bersama Pejabat Agama Daerah Pendang (PADP) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Ketika serbuan, lelaki itu sedang membungkus nasi sambil menunggu pelanggan datang.
Malah pemeriksaan penguatkuasa JAIK menemui pelbagai jenis lauk masih panas diletakkan di atas meja.
Manakala itu, pemeriksaan di dalam tong berwarna oren menemui air teh ais yang masih sejuk dipercayai baru siap dibungkus.
Turut ditemui beg plastik hitam yang digunakan untuk membungkus makanan.
Sementara itu, serbuan seterusnya di sebuah kedai yang terletak di pekan Pendang mendapati pintunya ditutup rapat dan hanya akan dibuka sekiranya pelanggan tetap datang dan membuat ‘ketukan khas’ sebagai kata laluan.
Menurut peniaga berusia 40-an itu, dia menjual nasi bungkus yang siap berlauk ayam goreng dijual dengan harga RM3.50 sebungkus manakala harga minuman pula dijual pada harga RM1.
Katanya, harga pakej makanan itu cukup murah di kawasan kampung berbanding RM5 ke atas di kawasan bandar.
Penolong Pengarah Pencegahan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK, Syeikh Mohd Nazif Zakaria berkata, kedua-dua peniaga ini dikenakan saman atas kesalahan menjual makanan kepada umat Islam, dan tidak mengikut arahan yang dikeluarkan JAIK di mana peniaga makanan dan minuman hanya boleh menjual selepas jam 3 petang.
Menurutnya, peniaga terbabit akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 (A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta pada waktu itu.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua sekali.
Jelas Syeikh Mohd Nazif sejak awal Ramadan sehingga hari ini, sebanyak 10 notis saman telah dikeluarkan di seluruh negeri terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan menjual makanan kepada kaki ponteng puasa.
Katanya operasi akan diteruskan dan maklumat dari orang awam amat dialu-alukan bagi membantu penguatkuasa membanteras aktiviti ponteng puasa. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked