BELLA DISURUH MAKAN NASI YANG DICURAH CUKA, CILI, AYAM GORENG BUSUK – SAKSI
“Apabila Siti Bainun balik malam itu dan dia dapat tahu yang Bella telah curi makan dan minum, Siti Bainun suruh dia (Bella) habiskan satu periuk nasi yang dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili,” -Saksi
Seorang kanak-kanak dari Persatuan Sindrom Down Malaysia memegang kertas ‘Justice for Bella’ sebagai tanda sokongan ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini pada sambungan perbicaraan kes Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun itu. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk ketika bulan puasa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, berkata Bella disuruh oleh Siti Bainun untuk menghabiskan nasi tersebut walaupun remaja itu kenyang kerana Bella telah curi-curi makan dan minum semasa ketiadaan Siti Bainun di rumah kebajikan itu.
“Ketika itu bulan puasa, Bella tidak makan nasi sebab dia terlampau kenyang kerana curi-curi minum air dan makan kerana di bilik dobi banyak barangan kering. Bella juga tidak dibenarkan makan dan minum sesuka hati, jadi Bella cari jalan untuk curi makan dan minum tanpa pengetahuan saya, Siti Bainun dan penghuni Rumah Bonda sebab dia takut.
“Apabila Siti Bainun balik malam itu dan dia dapat tahu yang Bella telah curi makan dan minum, Siti Bainun suruh dia (Bella) habiskan satu periuk nasi yang dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Asiah Jalil yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berumur 13 tahun itu.
Saksi pendakwaan kelima itu berkata Bella juga pernah menggoreng ayam yang telah busuk dan turut mengarahkannya (Yasmin) berbuat demikian sebelum menyuruh Bella menghabiskan lima ketul paha ayam.
Yasmin berkata Siti Bainun turut memberi Bella makan 20 biji cili padi dan meminta saksi itu atau seorang lagi penghuni Rumah Bonda, dikenali sebagai Aida untuk mengira 20 biji cili tersebut.
Disoal seorang lagi peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf berapa kali kejadian itu berlaku dan adakah Siti Bainun meminta secara spesifik 20 biji cili padi itu, saksi itu menjawab: “Banyak kali juga dan memang Siti Bainun mahukan 20 biji cili itu”.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian itu berlaku beberapa kali seminggu.
Farhan: Boleh kata empat kali seminggu? Yasmin menjawab: Ok.
Farhan: Jadi kalau seminggu sudah 80 biji cili Bella makan, tak kan mulut Bella tak melelas, melecet atau merah? Yasmin menjawab: Mulut dia merah.
Farhan: Pada prosiding semalam, kamu kata Bella didera setiap hari selama empat bulan, jadi kalau kita kira lebih kurang 1,280 biji cili disumbat kepada Bella (dalam tempoh empat bulan) tak kan mulut Bella tak melelas atau melecet.
Yasmin: Dia (Bella) makan, lepas itu buang balik.
Disoal Farhan sama ada dia mengetahui tahap kepedasan cili itu, Yasmin berkata dia mengetahui kepedasan cili namun tidak pernah makan cili yang dimakan Bella selain bersetuju dengan cadangan peguam itu sekiranya terlebih makan pedas ia menyebabkan perut memulas dan membuang air besar.
Menurut Yasmin, Siti Bainun juga pernah menyepak dan menendang perut remaja itu kerana tidak mendengar arahannya.
“Bila Bella tak dengar cakap dan tidak habiskan cili, Siti Bainun akan ugut hendak simbah air panas pada Bella. Siti Bainun akan arahkan saya dan Aida untuk pegang Bella dan paksanya melutut. Masa itu, Siti Bainun sepak dan tendang perut Bella,” katanya yang turut memaklumkan Siti Bainun tidak membenarkan Bella minum air termasuk minuman manis.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager