MCMC PERTIMBANG SAMAN X, GROK DISEKAT SEMENTARA KERANA KANDUNGAN TIDAK SENONOH
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti tindakan perundangan terhadap platform X, susulan kegagalan aplikasi kecerdasan buatan (AI) miliknya Grok, mematuhi undang-undang Malaysia berkaitan keselamatan dalam talian.
SHAH ALAM: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti tindakan perundangan terhadap platform X, susulan kegagalan aplikasi kecerdasan buatan (AI) miliknya Grok, mematuhi undang-undang Malaysia berkaitan keselamatan dalam talian.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu dipertimbangkan berikutan maklum balas yang diterima MCMC daripada pihak X didapati tidak memadai dan bersifat proforma (sekadar mengikuti tata cara yang berlaku).
“MCMC telah menghubungi pihak X minggu lepas bagi mendapatkan penjelasan mengenai aplikasi Grok yang boleh menghasilkan kandungan tidak senonoh, terutama melibatkan kanak-kanak dan wanita, yang jelas melanggar undang-undang negara.
“Maklum balas yang diterima sangat tidak memadai. Jadi selepas saya menerima laporan daripada MCMC, saya telah mengarahkan supaya sekatan sementara dikenakan terhadap Grok dan tindakan undang-undang turut dipertimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Selangor dan Kuala Lumpur di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah.
Fahmi berkata sekatan berkenaan tidak melibatkan keseluruhan platform X, sebaliknya tertumpu kepada aplikasi Grok yang didapati tidak mempunyai langkah keselamatan mencukupi bagi mengawal penjanaan kandungan oleh AI.
Manakala tempoh sekatan terhadap Grok bergantung sepenuhnya kepada tahap pematuhan pihak X terhadap undang-undang Malaysia.
“Isu ini melibatkan pelanggaran Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Keselamatan Dalam Talian. Selagi kandungan yang melanggar undang-undang terus boleh dihasilkan dan diterbitkan, tindakan boleh diambil terhadap platform terbabit.
“Berapa lama Grok akan disekat, itu tidak dapat dipastikan. Syaratnya jelas, mereka mesti patuh dan akur dengan undang-undang negara kita,” katanya.
Fahmi berkata Malaysia bukan satu-satunya negara yang mengambil langkah tegas terhadap Grok, apabila beberapa negara lain termasuk Indonesia telah menyekat aplikasi tersebut, manakala United Kingdom sedang meneliti isu sama.
“Ini menunjukkan kebimbangan global terhadap kegagalan Grok menyediakan safeguard yang mencukupi dalam penggunaan AI,” katanya.
Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian (JKDT) yang baharu dibentuk dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dalam masa terdekat.
“Kita mahu memastikan Internet di Malaysia menjadi lebih selamat, khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga. Undang-undang kita sebenarnya mencukupi, yang penting ialah aspek penguatkuasaan dan pematuhan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapan, Fahmi berkata kementerian menyasarkan untuk memperoleh kerjasama semua platform media sosial menjelang pertengahan tahun ini, bagi mengehadkan penggunaan media sosial hanya kepada 16 tahun ke atas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked