SKANDAL RASUAH ATM: SIASATAN TIDAK TERHAD KES TERTENTU – AZAM BAKI
Siasatan skandal rasuah melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merangkumi semakan menyeluruh terhadap prosedur dan sistem dalam Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan tidak terhad kepada kes tertentu sahaja, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
KUALA LUMPUR: Siasatan skandal rasuah melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merangkumi semakan menyeluruh terhadap prosedur dan sistem dalam Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan tidak terhad kepada kes tertentu sahaja, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata siasatan yang sedang dijalankan, turut mengambil kira kemungkinan wujud kelemahan sistem, prosedur serta isu sedia ada dalam kementerian berkenaan, susulan siasatan berterusan terhadap beberapa pegawai tertinggi ATM.
“Dalam isu perolehan di MINDEF, perkara yang menjadi perhatian masyarakat ialah soal ketelusan dan tadbir urus. Kita tidak boleh hanya melihat kepada kes yang sedang disiasat sekarang, tetapi juga beberapa isu lain yang mungkin telah lama wujud dalam MINDEF,” katanya.
Azam berkata demikian ketika mengulas pertanyaan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Panglima Tentera Darat serta beberapa pegawai kanan ATM yang dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, semalam.
Terdahulu, Azam menghadiri dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SPRM dan HELP University, di sini hari ini.
Azam berkata siasatan itu menunjukkan isu berkenaan bukan berskala kecil, berdasarkan kedudukan dan pangkat individu yang terlibat.
“Berdasarkan pangkat yang terlibat, isu ini sememangnya besar,” katanya sambil tidak menolak kemungkinan lebih ramai pegawai akan dikenal pasti serta dipanggil bagi membantu siasatan, apabila ia diteruskan.
Dalam pada itu, beliau berkata SPRM akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkaitan MINDEF, termasuk isu semasa serta penambahbaikan menyeluruh terhadap prosedur dan peraturan dalaman kementerian berkenaan.
“SPRM akan memberi tumpuan kepada aspek peraturan, prosedur serta isu ketirisan yang menjadi antara kebimbangan utama pihak kami selaku badan penguat kuasa, demi kepentingan rakyat,” katanya.
Azam turut memuji tindakan Mohamed Khaled yang mengumumkan rancangan merombak semula Pelan Antirasuah MINDEF secara menyeluruh tahun ini, sebagai sebahagian daripada usaha memulihkan kepercayaan rakyat serta memperkukuh integriti dan tadbir urus sektor pertahanan negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked