Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TARIF 25 PERATUS JIKA ‘BERNIAGA’ DENGAN IRAN- TRUMP

DUNIA

TARIF 25 PERATUS JIKA ‘BERNIAGA’ DENGAN IRAN- TRUMP

Perintah itu adalah muktamad dan konklusif, namun butiran tambahan mengenai duti import itu belum diperincikan setakat ini.

Foto: AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif 25 peratus ke atas “mana-mana dan semua” negara yang menjalankan perniagaan dengan Iran.

Presidennya, Donald Trump berkata, perintah itu adalah muktamad dan konklusif, namun butiran tambahan mengenai duti import itu belum diperincikan setakat ini.

“Berkuat kuasa serta-merta, mana-mana negara yang menjalankan perniagaan dengan Republik Islam Iran akan membayar tarif 25 peratus bagi mana-mana dan semua urus niaga dengan AS,” kata Trump dalam satu kenyataan menerusi platform Truth Social.

Trump sebelum ini berulang kali mengancam untuk menyerang Iran sekiranya pihak berkuasa negara itu menggunakan kekerasan bagi menyuraikan protes yang telah merebak ke seluruh negara. Namun kenyataan terbaharunya itu dibuat hanya beberapa jam selepas Rumah Putih memaklumkan bahawa beliau “berminat” untuk meneroka pendekatan diplomasi dengan Tehran.

Demonstrasi anti kerajaan di Iran memasuki hari ke-16 rentetan daripada keadaan ekonomi yang semakin bertambah buruk di negara itu.

Penunjuk perasaan turut menggesa kerajaan menangani krisis ekonomi serta menolak campur tangan asing dalam urusan dalaman Iran. Perhimpunan serupa turut dilaporkan berlaku di bandar-bandar lain, termasuk Kerman, Zahedan dan Birjand di timur Iran . – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading