GERAKAN anti vaksin di Malaysia pada ketika ini dianggap begitu aktif dan amat berkesan membuatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agak gusar dengan perkembangan ini. Selain mampu memporak-perandakan senario kesihatan negara, pengaruh gerakan tersebut dianggap sebagai penyebab utama tahap imunisasi dalam kalangan kanak-kanak merosot dengan mendadak sejak kebelakangan ini.
Mengikut data KKM, kes kanak-kanak
yang tidak menjalani imunisasi adalah seramai 470 pada tahun 2013. Ia terus
meningkat pada tahun lepas sehingga 1,292, satu angka yang agak membimbangkan
kerana peningkatannya menghampiri tiga kali ganda hanya dalam masa 5 tahun.
Kes kanak-kanak yang tidak menjalani imunisasi semakin meningkat. GAMBAR HIASAN
Jika sebelum ini kawasan luar
bandar mempunyai banyak kes ingkar imunisasi, namun kini kes ini menular ke bandar
di mana jumlah ini telah mula meningkat. Hal ini memberi gambaran bahawa ibu
bapa yang menolak imunisasi adalah kerana pilihan mereka sendiri.
Malah hasrat KKM untuk mewajibkan
pengambilan vaksin terbantut seketika kerana wujud penentangan yang agak kuat
secara bersepadu dan tersusun.
“Pengambilan vaksin merosot sejak
beberapa tahun lalu, apabila kita tak capai 95% imunisasi, kita takut yang
tidak diimunisasi akan menyebabkan wabak seperti apa yang berlaku di Johor
ketika ini”, tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad yang mengulas kes
penularan penyakit difteria yang melanda Johor pada Februari lepas.
Walaupun kes difteria di Johor itu
tidak dikelaskan sebagai wabak tetapi ia telah menyebabkan satu kematian
kanak-kanak berumur dua tahun, dan paling menyedihkan kematian ini mungkin boleh
dielakkan jika arahan imunisasi diikut dengan sempurna.
Bukan difteria sahaja yang mudah
merebak dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga demam campak dan batuk kokol
yang mudah berjangkit. Kanak-kanak yang tidak mempunyai imunisasi yang lengkap
akan terdedah kepada tahap bahaya penyakit berkenaan.
Penyakit yang mudah merebak seperti difteria, demam campak dan batuk kokol boleh dikawal dengan imunisasi yang sempurna. GAMBAR HIASAN
Salah satu hujah paling popular
yang digunakan kumpulan anti vaksin adalah status halal kandungan vaksin itu
yang menyebabkan ramai ibu bapa sangsi untuk menyempurnakan proses imunisasi
anak mereka.
Keadaan menjadi bertambah genting
apabila ibu bapa yang menolak imunisasi melalui vaksin mempunyai pilihan iaitu
perubatan alternatif yang didakwa mampu mengambil alih peranan vaksin.
Terdapat juga ibu bapa yang menolak
imunisasi melalui vaksin kerana khuatir kesan sampingan, tetapi golongan ini
adalah minoriti berbanding dengan kumpulan yang ragu-ragu akan status halal
kandungan vaksin.
Bagi ibu bapa yang menolak
imunisasi untuk anak mereka, ia bukan sekadar membahayakan kanak-kanak tersebut
tetapi lebih daripada itu, ia turut menjadi ejen penularan penyakit. Ini kerana
kanak-kanak yang telah menjalani imunisasi juga masih terdedah kepada penyakit.
Wabak demam campak yang mula melanda bandaraya New York, Amerika Syarikat (AS) tahun lepas masih belum reda dan untuk tahun ini sahaja terdapat sebanyak 880 kes baharu yang dilaporkan.
Golongan anti-vaksin mempunyai pilihan lain seperti perubatan alternatif yang didakwa mampu mengambil alih peranan vaksin.
Wabak kali ini dianggap paling besar berbanding apa yang berlaku pada 1994 dan dianggap begitu kronik sehingga memaksa bandaraya itu meluluskan peruntukan untuk menegah kanak-kanak yang tidak mempunyai imunisasi berada di tempat awam termasuk sekolah.
Pendekatan berhemah perlu digunakan
bukan sahaja oleh KKM tetapi masyarakat untuk menghadapi kumpulan anti vaksin
ini. Tindakan menyisih dan mencela kumpulan ini tidak akan membawa manfaat
kerana mereka pasti akan menjauhkan diri dan jika ini berlaku ia akan secara
langsung akan menutup pintu komunikasi.
Kebimbangan mengenai status halal
atau kesan sampingan tidak boleh diperlekehkan kerana kemusykilan itu ada
asasnya.
Senario menjadi lebih rumit bila
terlalu banyak maklumat yang berat sebelah mengenai kemudaratan vaksin tersebar
dalam media sosial. Ia menjadi lebih parah apabila mereka yang mempunyai
kepakaran perubatan turut menyumbang kepada kebimbangan bagi mereka yang mahu melaksanakan
imunisasi kanak-kanak ini.
Tindakan menyisih dan mencela kumpulan ini tidak akan membawa manfaat kerana mereka pasti akan menjauhkan diri dan jika ini berlaku ia akan secara langsung akan menutup pintu komunikasi.
Mengikut kenyataan Timbalan Menteri
Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dalam sidang parlimen pada awal April lepas ketika
menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Adam Baba (BN-Tenggara), kumpulan anti vaksin
ini dikatakan bergerak secara bersendirian dan pada anggaran beliau hanya 1%
rakyat Malaysia yang terpengaruh dalam gerakan tersebut.
Dr. Lee juga ada menyebut keputusan
sama ada untuk menjadikan imunisasi sebagai mandatori akan diketahui hujung
April ini. Ini adalah juga ekoran dari kenyataan Menteri Kesihatan bahawa pasukan
petugas telah ditubuhkan supaya cadangan imunisasi mandatori terhadap penyakit
gondok, demam campak, rubela dan difteria dimuktamadkan.
Sehingga kini belum ada keputusan yang diputuskan. KKM perlu bergerak pantas dalam isu imunisasi kerana lebih lama masa berlalu, tidak syak lagi kanak-kanak yang tidak melalui proses imunisasi sempurna ini semakin bertambah.
*Dr Azmi Hassan adalah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager