PADA tarikh 16 Mei setiap tahun, gegak gempitalah seluruh warga pendidik menyanyikan lagu keramat mereka ‘Guru Malaysia’ dengan penuh semangat.
Setiap patah lirik yang keluar
dari mulut guru-guru ini melambangkan ikrar yang tak berbelah bahagi seorang
pendidik dalam merealisasikan amanah yang dipertanggungjawabkan di pundak
mereka.
Ikrar murni kepada anak didik,
pemerintah dan negara tercinta tidak pernah dipersiakan.
Suatu ketika dahulu, seseorang
yang bergelar guru akan disanjung tinggi dek kerana hebatnya profesion yang
dijawatnya.
Tapi kini, sejajar dengan arus
kemodenan dan kehebatan kemajuan dunia tanpa sempadan, profesion ini semakin
diketepikan dan dipandang hina.
Maruah guru dipijak-pijak,
dianggap langsung tidak bernilai sedangkan Islam meletakkan martabat seorang
guru itu di tempat yang paling tinggi.
Islam memberi penghormatan yang sangat tinggi serta mengangkat darjat guru. – Foto Google
Sebagai contoh, maksud hadis
riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani : “ Sesungguhnya Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi
sehinggakan semut yang berada di dalam lubang dan ikan (di lautan) mendoakan
kebaikan ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
Namun, senario di Malaysia
dewasa ini jauh berubah. Saban hari , ada sahaja berita yang tidak enak yang
keluar di media massa berkaitan dengan
guru.
Semakin ramai guru diseret di
mahkamah kerana kerakusan naluri mereka dalam merealisasikan ikrar yang telah
dibuat demi kejayaan anak bangsa dan
pertiwi.
Niat murni seorang guru yang
cuba menghalang anak murid dari terus terjebak dengan bahan inhalan
nyaris-nyaris membuatkannya hilang pekerjaan kerana direhatkan di sebalik tirai
besi.
Berita seorang ustaz dipenjarakan
kerana merotan murid yang enggan bersolat turut menjadi bualan hangat dalam
kalangan golongan pendidik.
Dunia melihat tindakan guru
ini sangat kejam, tidak berperi kemanusiaan dan mahkamah memutuskan wujudnya
unsur-unsur penderaan dalam tindakan yang diambil.
Sedarkah kalian bahawa seorang
guru itu ialah manusia normal yang sarat dengan akal dan emosi?
Walaupun mempunyai akal yang
waras, tetapi timbul provokasi yang melampau, kadang kala emosi sukar diatasi. Maka terlakarlah sejarah
hitam dalam diri hingga ke mati!
Sesungguhnya tugas
memanusiakan manusia itu sangat sukar.
Manusia dilahirkan dalam pelbagai
perbezaan sama ada dari segi latar belakang, fahaman, kepercayaan, cara
berfikir, kecerdasan dan kebolehan. Semua ibu bapa yang menghantar anak-anak ke
sekolah inginkan anak-anak mereka berjaya dalam hidup.
Tetapi tidak semua ana-anak
yang datang ke sekolah itu mempunyai matlamat yang selari dengan kehendak ibu
bapa mereka.
Seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira status sosial mesti memberi penghormatan dan kerjasama kepada para guru agar misi ‘memanusiakan’ para anak bangsa dapat direalisasikan. – Foto Google
Paling malang sekali, golongan
pendidik inilah yang akan tersepit dan
disalahkan jika murid gagal mencapai kejayaan, jika keputusan
peperiksaan awam sesebuah sekolah merudum, jika pencapaian sesuatu mata
pelajaran tidak memberangsangkan.
Berperang dengan kemajuan
teknologi yang berkembang pesat juga merupakan ancaman bentuk baharu dalam
kalangan pendidik.
Kelekaan anak-anak muda
menghabiskan masa dengan telefon pintar sama ada melayari laman sesawang dan
laman sosial yang tidak sepatutnya, mahupun leka bermain dengan permainan dalam
talian menyebabkan tanggungjawab seorang murid diabaikan begitu sahaja.
Longgokan beban kerja selain
tugas hakiki yang boleh mengganggu tahap kompetensi dan kehidupan berkeluarga
guru harus dikurangkan.
Jika dilihat di negara Barat,
terutamanya di United Kingdom dan Amerika Syarikat, mereka sentiasa
mengutamakan kebajikan dan sokongan kepada guru kerana bidang pendidikan adalah
penyumbang kepada pembangunan insan dan negara.
Persekitaran sekolah yang kondusif harus disediakan bagi
mengatasi masalah murid melanggar disiplin sekolah.
Walau apapun gelaran, sama ada
guru, pendidik, mudarris, muallim, murabbi, muaddib ataupun mursyid ,
permudahkanlah tugas mereka.
Bagi memastikan kemenjadian
murid, selain guru, pihak pentadbir, ibu bapa dan masyarakat perlulah memainkan
peranan masing-masing.
Adab belajar ; guru mengajar,
murid belajar harus dipatuhi. Guru harus dihormati bukan dicaci demi keberkatan
ilmu itu sendiri.
Kejayaan akan mudah tercapai
dengan bantuan ibu bapa dan masyarakat dalam aspek kepakaran dan tenaga.
Maksud hadis Rasulullah s.a.w “ Apabila matinya anak Adam akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya”.
*Rokiah Bt Uda Putra adalah seorang guru sekolah.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests