MESIR: GELANG EMAS FIRAUN DICURI, DICAIRKAN DAN DIJUAL HAMPIR US$4,000
Gelang emas berusia 3,000 tahun milik firaun purba yang hilang dari Muzium Mesir di Kaherah (EMC) awal bulan ini telah dicuri dan dicairkan, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir pada Khamis, lapor Xinhua.
KAHERAH: Gelang emas berusia 3,000 tahun milik firaun purba yang hilang dari Muzium Mesir di Kaherah (EMC) awal bulan ini telah dicuri dan dicairkan, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut kementerian itu, seorang pakar pemulihan mengambil artifak tersebut dan menjualnya kepada seorang tukang perak yang dikenali.
Tukang perak berkenaan kemudian menjualnya kepada tukang emas pada harga 180,000 paun Mesir (kira-kira US$3,735), sebelum dijual pula kepada seorang pencair emas pada harga 194,000 paun Mesir. Pencair emas itu telah mencairkan gelang berkenaan bersama barang kemas lain sebelum dibentuk semula.
Kementerian itu berkata semua empat suspek mengaku melakukan kesalahan tersebut dan wang yang terlibat telah dirampas. Tindakan undang-undang telah diambil terhadap mereka.
Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir pada Selasa melaporkan kehilangan gelang berkenaan yang berasal daripada Raja Amenemope, seorang firaun dari Dinasti ke-21 Mesir purba yang memerintah dari 993 hingga 984 SM.
Gelang yang dihiasi manik lapis lazuli itu hilang dari peti besi di makmal pemuliharaan di tingkat dua muzium berkenaan.
Sebagai tindak balas, kementerian antikuiti menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula artifak di makmal tersebut dan mengedarkan gambar gelang yang hilang itu di lapangan terbang, pelabuhan laut serta pintu masuk sempadan darat Mesir.
EMC ialah muzium arkeologi tertua di Timur Tengah, menempatkan lebih 170,000 artifak. Ia memiliki koleksi artifak firaun terbesar di dunia, menurut laman rasmi muzium itu.
Muzium yang menyimpan artifak purba merupakan tonggak penting dalam menarik pelancong dan sumber utama pertukaran asing Mesir.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked