INKUES ZARA QAIRINA DITANGGUH, KORONER KECEWA PERNYATAAN SAKSI TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL
Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini meluahkan kekecewaan selepas dimaklumkan bahawa pernyataan saksi remaja pertama telah tersebar di media sosial.
KOTA KINABALU: Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini meluahkan kekecewaan selepas dimaklumkan bahawa pernyataan saksi remaja pertama telah tersebar di media sosial.
Remaja berkenaan, yang merupakan antara tertuduh dalam kes buli membabitkan Zara Qairina, dijadual memberi keterangan hari ini namun susulan insiden itu, Amir Shah memutuskan untuk menangguhkan prosiding sehingga Isnin ini.
“Saya amat kecewa dengan perkara ini. Sila ambil tindakan sewajarnya dan buat laporan polis berhubung isu ini,” katanya sambil menambah prosiding seterusnya akan berlangsung secara tertutup.
Terdahulu, peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili pelajar terbabit, memaklumkan Mahkamah Koroner bahawa remaja itu sudah bersedia untuk memberi keterangan namun selepas pernyataan saksinya tular di media sosial, dia dan ibunya menjadi takut serta tertekan.
“Saya telah melihat dalam TikTok dan mendapati nama serta alamat kelima-lima tertuduh telah didedahkan… saya mohon arahan daripada mahkamah agar identiti mereka dilindungi memandangkan orang awam kini sudah mengetahui bahawa mereka akan tampil sebagai saksi.
“Saya akan membuat laporan polis berhubung perkara ini, dan saya percaya pasukan pendakwaan yang mengendalikan prosiding juga akan berbuat demikian. Nama penuh, alamat dan nombor kad pengenalan mereka telah didedahkan. Oleh itu, saya dengan hormat memohon agar mahkamah menangguhkan kes ini sehingga hari Isnin,” katanya.
Memandangkan permohonan itu tidak dibantah oleh mana-mana pihak, Mahkamah Koroner kemudian menangguhkan prosiding berkenaan sehingga Isnin ini.
Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, yang berakhir hari ini.
Saksi kelapan itu memberitahu mahkamah ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat memaklumkan bahawa anaknya ada mencatat nama pelajar yang tidak solat dalam sebuah diari berwarna ungu.
Beliau berkata maklumat itu disampaikan oleh Noraidah pada malam 16 Julai lepas ketika mereka bertemu di wad tingkat 10, Hospital Queen Elizabeth.
Azhari berkata demikian ketika disoal peguam Joan Goh, yang mewakili seorang tertuduh kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina, pada hari ke-10 prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.
Menjawab soalan sama ada Noraidah pernah menyoal beliau jika Zara Qairina ada memberitahunya mengenai sebarang isu di sekolah, saksi menjawab:
“Tidak ada… cuma pada malam 16 Julai, ketika melawat mangsa di wad tingkat 10, ibu Zara Qairina ada memberitahu anaknya rajin… dia mencatat nama-nama pelajar yang tidak solat, nama pelajar yang sudah mandi wajib… nama-nama yang belum mandi wajib dalam diari ungu itu,” katanya.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas dijumpai tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya pada kira-kira 4 pagi.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.