BAKAL JEMAAH HAJI TAHUN DEPAN DIINGATKAN KEMAS KINI MAKLUMAT PERIBADI
Semua bakal jemaah haji diingatkan untuk segera mengemas kini profil maklumat peribadi bagi memastikan proses komunikasi dan tawaran haji musim 1447H/2026M berjalan dengan lancar.
KUALA LUMPUR: Semua bakal jemaah haji diingatkan untuk segera mengemas kini profil maklumat peribadi bagi memastikan proses komunikasi dan tawaran haji musim 1447H/2026M berjalan dengan lancar.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Mustakim Mohamad berkata, semua bakal jemaah haji boleh menyemak giliran menunaikan haji bagi musim hadapan di platform THiJARI atau di mana-mana pejabat cawangan TH seluruh negara.
“Peringatan berterusan ini adalah sebahagian daripada komitmen TH untuk memastikan semua bakal jemaah haji dapat menerima maklumat terkini yang tepat, termasuklah jadual taklimat persediaan, kursus haji serta segala panduan perjalanan ke Tanah Suci.
“TH amat menekankan kepentingan maklumat yang tepat dan terkini bagi urusan haji dapat diatur dengan sebaik-baiknya. Kami berharap agar semua bakal haji dapat memberikan kerjasama untuk mengemas kini profil masing-masing dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mustakim,pihaknya mendapati terdapat sejumlah 521 bakal haji dalam senarai giliran 1447H/2026M tidak dapat dihubungi dan ianya boleh menjejaskan kelancaran penyampaian maklumat penting berkaitan persediaan dan pengurusan ibadat haji.
Sehubungan itu, semua pendeposit terutama bakal haji dalam senarai giliran untuk mengambil tindakan segera dengan hadir ke pejabat cawangan TH terdekat atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 bagi mengemas kini serta mengesahkan profil maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel yang terkini.
“Semua bakal haji untuk membuat persediaan awal sebaiknya, baik dari aspek kesihatan, kewangan dan ilmu pengetahuan berkaitan ibadah haji, bagi mememastikan urusan penerimaan tawaran haji serta perjalanan menuju ibadah haji yang mabrur dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan Arab Saudi bagi memohon kuota tambahan jemaah haji untuk musim 1447H/2027M.
Katanya, setakat ini kuota haji Malaysia masih kekal seramai 31,600 orang.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.