Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR DIDAKWA BUNUH BAPA KANDUNG

DALAM NEGARA

PENGANGGUR DIDAKWA BUNUH BAPA KANDUNG

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka, minggu lepas.

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka, minggu lepas.

Iznan Syahir Mohammad Tasnim, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M.S Arunjothy, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Mohammad Tasnim Nurdin, 62, di sebuah unit pangsapuri di Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini pada 3.01 pagi 13 Sept.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan 11 Dis untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki menikam bapanya hingga maut selepas dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu harta keluarga.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading