PELAJAR A AMBIL CUTI SAKIT LEBIH DUA MINGGU SELEPAS INSIDEN ZARA QAIRINA – SAKSI
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini diberitahu bahawa seorang pelajar dirujuk sebagai A, antara lima yang didakwa berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, telah mengambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden malang menimpa remaja itu pada 16 Julai lepas.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa seorang pelajar dirujuk sebagai A, antara lima yang didakwa berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, telah mengambil cuti sakit lebih dua minggu selepas insiden malang menimpa remaja itu pada 16 Julai lepas.
Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar iaitu Azhari Abd Sagap, 31, berkata ibu pelajar A telah menghantar dua sijil cuti sakit daripada klinik kesihatan dengan tarikh berasingan kepada beliau menerusi aplikasi WhatsApp untuk memaklumkan perkara itu.
Saksi kelapan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina itu berkata sijil cuti sakit pertama bermula 28 Julai hingga 4 Ogos telah dihantar pada 28 Julai manakala sijil cuti sakit kedua bermula 8 hingga 18 Ogos dihantar pada 7 Ogos.
“Pada 11 Ogos, ibu pelajar A menghantar pesanan WhatsApp memaklumkan minggu itu beliau akan datang ke sekolah untuk mengambil semua barang-barang pelajar A dan berterima kasih kerana (warden) sudi menengok-nengok (memantau) anaknya sepanjang bersekolah di sini,” katanya.
Azhari membuka aplikasi WhatsApp di telefonnya dan membacakan mesej yang diterima daripada ibu pelajar A ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili pelajar A yang didakwa dalam kes buli Zara Qairina, pada hari ke-10 prosiding inkues.
Azhari berkata beliau tahu bahawa pelajar A ada melihat Zara Qairina diletakkan di tepi rumah warden iaitu laluan antara bangunan Blok A ke Blok B sebelum ambulans tiba di asrama berkenaan.
Ketika disoal adakah dia tahu pelajar A telah keluar dari sekolah kerana berasa trauma, beliau berkata: “Tidak. Dia juga tidak menunjukkan dia trauma.”
Beliau berkata pengawal keselamatan asrama Linah Mansoding @ Jaliha ada mengambil gambar pelajar A serta seorang lagi rakannya, dengan pelajar A menunjukkan tanda ‘peace’ dan gambar tersebut diambil ketika kedua-duanya diminta datang ke sekolah itu untuk diambil keterangan.
Goh: Gambar saja boleh tunjuk tidak trauma?
Azhari: Ya. Dia siap ‘peace’ lagi gambar yang pengawal keselamatan ambil.
Semalam, Azhari memberitahu mahkamah bahawa pelajar A telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas insiden Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di asramanya pada 16 Julai lepas, namun tidak mengetahui alasan permindahan tersebut.
Dalam prosiding hari ini, Azhari berkata ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat ada menceritakan kepada beliau bahawa pelajar A merupakan kawan baik anaknya itu dan mengetahui semua berkaitan Zara Qairina.
Menurut Azhari, pelajar A ada mengikut Zara Qairina balik ke rumahnya di Sipitang pada 12 Julai selepas program gotong-royong PIBG sekolah.
“Itu yang saya tahu. Mungkin itu yang ibu Zara Qairina anggap pelajar A ini kawan baik Zara Qairina, yang kenal Zara Qairina,” katanya.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Isnin.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, pada 17 Julai lepas. Pelajar itu ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager