IBU ZARA QAIRINA KATA ‘AIR MATANYA SUDAH HABIS’ SEPANJANG PERJALANAN KE HOSPITAL – SAKSI
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini diberitahu Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir meluahkan bahawa ‘air matanya sudah habis’ sepanjang perjalanan dari rumahnya di Sipitang ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina Mahathir meluahkan bahawa ‘air matanya sudah habis’ sepanjang perjalanan dari rumahnya di Sipitang ke Hospital Queen Elizabeth di sini.
Perkara itu dikongsikan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar Azhari Abd Sagap, 31, semasa prosiding inkues kes remaja berkenaan yang memasuki hari ke-10.
Azhari berkata pihak sekolah turut menyantuni Noraidah agar bersabar dengan insiden yang menimpa anaknya ketika mereka bertemu di hospital pada hari kejadian.
“Semasa kami bertemu Noraidah di hospital kira-kira 10 pagi pada 16 Julai lepas, beliau kelihatan tenang dan tidak menangis. Beliau berkata ‘air mata saya sudah habis sepanjang perjalanan dari Sipitang ke hospital’,” kata Azhari ketika disoal peguam Joan Goh, yang mewakili seorang kanak-kanak yang didakwa terlibat dalam kes buli Zara Qairina.
Saksi kelapan itu turut menyatakan ketika berada di Unit Kecemasan hospital, Noraidah menceritakan mengenai sifat ceria Zara Qairina yang rajin menulis dan mempunyai tiga diari.
Azhari juga berkata Noraidah meminta agar diari-diari itu diberikan kepadanya.
Saksi itu berkata wanita itu turut meminta beberapa warden lain agar menyerahkan diari berkenaan kepadanya.
Azhari bagaimanapun memaklumkan kepada Noraidah diari berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bersambung Isnin dengan saksi kanak-kanak akan memberi keterangan.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests