Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENJELANG MASYAIR, JEMAAH HAJI KELANTAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

MENJELANG MASYAIR, JEMAAH HAJI KELANTAN MENINGGAL DUNIA

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya memaklumkan, jemaah berusia 77 tahun itu berasal daripada Machang, Kelantan, hadir bersama isterinya ke Tanah Suci.

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

MAKKAH: Seorang jemaah haji lelaki Malaysia meninggal dunia pada Khamis, 21 Mei, di sini, akibat jangkitan kuman di kawasan perut.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataannya memaklumkan, jemaah berusia 77 tahun itu berasal daripada Machang, Kelantan, hadir bersama isterinya ke Tanah Suci.

“Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer.

“Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada jam 5.40 petang akibat jangkitan kuman di kawasan perut (intra-abdominal sepsis),” katanya hari ini.

Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Subuh semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, Makkah

Sebagai rekod, seramai sembilan jemaah haji Malaysia telah meninggal dunia bagi musim haji 1447H.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading