
Gambar ARKIB
MAKKAH: Seorang jemaah haji wanita malaysia dilaporkan meninggal dunia pada Ahad, di Makkah.
Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan, jemaah yang berusia 52 tahun itu berasal dari Parit Jawa, Johor hadir menunaikan haji seorang diri.
“Allahyarhamah merupakan jemaah daripada kumpulan KT08 dan menginap di Hotel Rehab Al-Janadriyah.
“Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital Shefaa pada jam 5.00 pagi akibat pendarahan otak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
TH berkata, jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Zohor semalam dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Sharai’, Makkah untuk dikebumikan.—AlHijrah Online