MINUM CAMPURAN AIR BERKARBONAT DAN ‘SPIRIT’: 20 PELAJAR KERACUNAN METANOL DI PITAS
Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas terlibat dalam kes keracunan metanol, dipercayai berpunca akibat meminum campuran air berkarbonat dan ‘spirit’ pada Selasa lepas (6 Jun).
KOTA KINABALU: Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas terlibat dalam kes keracunan metanol, dipercayai berpunca akibat meminum campuran air berkarbonat dan ‘spirit’ pada Selasa lepas (6 Jun).
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam) Dr Asits Sanna berkata mangsa berusia antara 13 hingga 17 tahun dan lapan daripadanya mengalami gejala seperti lemah badan, sakit perut, muntah, kabur penglihatan serta pening kepala, manakala 12 lagi tidak bergejala.
Beliau berkata daripada kumpulan yang bergejala itu, kesihatan dua pelajar semakin merosot dan masing-masing telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan ICU Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut, semalam.
“.. (daripada kes bergelaja) sebanyak lima kes lagi telah dihantar ke HQE untuk rawatan lanjut dan satu kes masih dirawat di Hospital Pitas. Siasatan awal mendapati mangsa mengambil minuman itu pada pukul 2.30 petang, Selasa lalu,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Katanya semua kes telah mendapat rawatan awal di Hospital Pitas.
Pitas, sebuah daerah di utara Sabah, terletak kira-kira 175 kilometer dari sini.
Dr Asits berkata 12 pelajar yang tidak bergejala itu telah dimasukkan ke wad di Hospital Pitas untuk pemantauan dan rawatan seterusnya.
Beliau berkata sampel berkaitan telah diambil untuk pengesahan kehadiran metanol termasuk darah, urin, serta sampel ‘spirit’, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sentiasa memantau keadaan mangsa dan bekerjasama dengan sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga Pejabat Pendidikan Daerah Pitas bagi menjalankan siasatan lanjut, selain mengambil langkah mengelakkan kejadian ini berulang,” katanya.
Katanya seseorang yang keracunan metanol mungkin tidak menunjukkan apa-apa gejala untuk tempoh satu hingga 72 jam selepas pengambilan.
“Gejala akan wujud dengan lebih cepat jika metanol diminum dalam kuantiti banyak dan adalah lebih lambat jika diminum dalam kuantiti yang sedikit atau diminum bersama etanol. Keracunan metanol juga boleh disebabkan oleh penyalahgunaan metanol sebagai bahan pembuat minuman keras,” katanya.
Dr Asits menegaskan mengambil minuman beralkohol tidak sah dan tercemar adalah berbahaya; selain menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan metanol seperti sakit perut, muntah, sakit kepala atau kabur penglihatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked