PENCEN PENAKAT SUAMI TALIAN HAYAT IBU TUNGGAL BESARKAN LAPAN ANAK
Kegusaran ibu tunggal, Siti Suryati Sani, untuk membesarkan lapan anak setelah kematian suami akibat masalah jantung pada akhir Mei lalu, terlerai apabila beliau menerima pencen penakat arwah suaminya yang sebelum ini merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem (tengah) menyampaikan sumbangan kepada waris penerima pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Siti Suryati Sani (dua, kiri) pada Majlis Penyampaian Skuad Perkeso Prihatin di sini hari ini. Siti Suryati, 41, yang merupakan suri rumah sepenuh masa menerima pencen penakat arwah suami Khairul Azlizam Mohamed @Mohamed Daud yang berjumlah RM1,775.42 sebulan bagi membesarkan lapan anak yang berusia 11 bulan hingga 15 tahun. Turut hadir Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar (tiga, kanan). –fotoBERNAMA
MELAKA: Kegusaran ibu tunggal, Siti Suryati Sani, untuk membesarkan lapan anak setelah kematian suami akibat masalah jantung pada akhir Mei lalu, terlerai apabila beliau menerima pencen penakat arwah suaminya yang sebelum ini merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Siti Suryati, 41, yang merupakan suri rumah, berkata pencen penakat arwah suami, Khairul Azlizam Mohamed @Mohamed Daud, berjumlah RM1,775.42 sebulan itu sangat bermakna buatnya dan lapan anak yang berusia 11 bulan hingga 15 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.
“Saya sangat bersyukur kerana masih mempunyai sumber pendapatan hasil caruman suami yang sebelum ini bekerja sebagai anggota parademik bebas dengan sebuah syarikat luar pesisir.
“Terima kasih juga kepada PERKESO serta exco terlibat kerana memudahkan urusan pencen penakat arwah suami agar kami dapat segera menerima pencen bulanan itu,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Skuad PERKESO Prihatin oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem dan turut dihadiri Pengarah PERKESO Melaka, Abd Razak Omar.
Katanya, pencen penakat berkenaan akan diterimanya untuk seumur hidup manakala anak-anak pula sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.
Selain pencen berkenaan, keluarganya juga turut menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 secara sekali bayar, pada 2 Jun lalu.
Dalam pada itu, kesemua lapan anak Siti Suryati akan dijadikan sebagai anak angkat PERKESO di bawah Program Prihatin Keluarga Angkat dengan kerjasama rakan sinergi Wakalah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Selain itu, Ngwe juga menyatakan komitmen untuk membantu ibu tunggal berkenaan menjelaskan tunggakan sewa rumah lama selama sebulan 10 bulan yang berjumlah RM4,000.
“Saya berharap semua bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan beban waris Khairul Azlizam iaitu isteri, Siti Suryati untuk meneruskan hidup dan membesarkan semua anak dengan baik,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager