Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MODI ADAKAN LAWATAN RASMI KE MALAYSIA ESOK

DALAM NEGARA

MODI ADAKAN LAWATAN RASMI KE MALAYSIA ESOK

Lawatan ini dijangka memperkukuh lagi hubungan dua hala serta memupuk kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama, berteraskan asas persahabatan yang kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957.

( Foto Arkib: AFP)

Perdana Menteri India Narendra Modi akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok hingga Ahad (8 Feb 2026 ) atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wisma Putra memaklumkan lawatan itu merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024.

“Lawatan ini dijangka memperkukuh lagi hubungan dua hala serta memupuk kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang berkepentingan bersama, berteraskan asas persahabatan yang kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957 dan peningkatan hubungan dua hala yang dinaik taraf ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif pada Ogos 2024,” menurut Wisma Putra.

Modi akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada Ahad, diikuti mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-India selain mempelopori peluang kerjasama khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, tenaga kerja, pelancongan, kesalinghubungan, pertanian dan pendidikan.

Selepas mesyuarat itu, kedua-dua Perdana Menteri dijadual menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dan pertukaran Nota dalam pelbagai bidang antaranya semikonduktor, keishatan dan pendidikan.

India merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia di rantau Asia Selatan. 

Pada 2025, jumlah perdagangan antara Malaysia dan India mencapai RM79.49 bilion (US$18.59 bilion). Jumlah eksport Malaysia ke India berjumlah RM52.3 bilion (US$12.24 bilion), manakala import berjumlah RM27.19 bilion (US$6.35 bilion). – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading