MUFTI: KERAJAAN PERLU CADANG LANGKAH PRAKTIKAL, TUNTAS, SELESAI ISU KALIMAH ALLAH
GEORGE TOWN: Kerajaan perlu segera mencadangkan langkah-langkah praktikal yang tuntas bagi dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan, bagi menyelesaikan polemik isu penggunaan kalimah Allah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
GEORGE TOWN: Kerajaan perlu segera mencadangkan langkah-langkah praktikal yang tuntas bagi dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan, bagi menyelesaikan polemik isu penggunaan kalimah Allah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata kerajaan boleh memohon perkenan Majlis Raja-Raja untuk Raja-Raja mengadakan sesi penjelasan kepada semua ketua-ketua agama di Malaysia tentang keunikan situasi di Malaysia iaitu kalimah Allah tidak wajar dikongsi kegunaannya bagi tuhan dalam agama selain Islam.
“Duli-Duli Tuanku boleh memberi titah nasihat kepada ketua-ketua agama supaya sudi bekerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini. Ia demi mengelak berlakunya konflik perkauman yang akan merugikan serta menyusahkan semua pihak di negara ini.
“Kadangkala kita perlu mengetepikan kepentingan yang kecil untuk menghindari kemudaratan yang lebih parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasa gusar dengan isu penggunaan kalimah Allah kerana jika perkara itu gagal diselesaikan segera, ia boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara.
Dalam titah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Isnin, Seri Paduka Baginda bertitah polemik penggunaan kalimah Allah bukan merupakan pendekatan terminologi dan linguistik, sebaliknya berhubung isu akidah umat Islam dan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.
Wan Salim berkata Kerajaan Pusat perlu bertindak segera kerana isu penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan dalam agama selain agama Islam sudah lama dipolemikkan oleh pelbagai pihak di negara ini
Beliau berkata keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri telah dibuat iaitu melarang kalimah Allah digunakan untuk tuhan dalam agama selain Islam kerana ia adalah hak eksklusif bagi agama dan umat Islam.
Namun, katanya keputusan itu seperti tidak diendahkan oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan isu tersebut masih berlarutan.
Beliau bagaimanapun berkata Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada perkara tersebut disebabkan suasana dan latar belakang sejarah kedua-dua negeri itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.