Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PATI KERJA DI KOMPLEKS BELI BELAH DICEKUP IMIGRESEN

UTAMA

PATI KERJA DI KOMPLEKS BELI BELAH DICEKUP IMIGRESEN

Hasil pemeriksaan mendapati hampir keseluruhan lot di medan selera tersebut menggajikan pendatang tanpa izin.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 pendatang tanpa izin dan dua warga tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di medan selera sebuah kompleks beli-belah di Taman Melati di sini hari ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata hasil pemeriksaan mendapati hampir keseluruhan lot di medan selera tersebut menggajikan pendatang tanpa izin.

Beliau berkata 23 pendatang tanpa izin dan tujuh warga tempatan diperiksa dalam operasi itu yang bermula kira-kira 3 petang tadi.

“Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 45 tahun terdiri daripada 10 lelaki warga Bangladesh, masing-masing seorang lelaki warga Indonesia, India dan Pakistan serta dua lelaki warga tempatan yang bertindak sebagai majikan selain tiga wanita warga Indonesia.

“Semua pendatang tanpa izin itu dibawa ke Kompleks Imigresen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi bagi siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya kepada pemberita selesai operasi itu di sini.

Mohammed Wan Saupee mengingatkan kepada pemilik premis dan majikan bahawa jabatan itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melindungi pendatang tanpa izin atau membenarkan, memasuki dan berada di dalam premis tanpa dokumen yang sah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading