Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CURANG PUKUL ISTERI DIREMAN EMPAT HARI

UTAMA

LELAKI CURANG PUKUL ISTERI DIREMAN EMPAT HARI

Seorang juruteknik yang didakwa memukul isterinya di sebuah hotel di Port Dickson sepertimana tular dalam sebuah video di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang didakwa memukul isterinya di sebuah hotel di sini sepertimana tular dalam sebuah video di media sosial, direman empat hari mulai hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.

Media melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Mahkamah Syariah Bangi tengah hari semalam.  

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed dilapor berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Aidi Sham turut memaklumkan punca kejadian dipercayai suaminya telah berlaku curang terhadap isterinya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading