Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin (kanan) bersama calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail (kiri) ketika hadir untuk mengemukakan borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Bakap di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Sungai Jawi hari ini. –fotoBERNAMA
NIBONG TEBAL: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin untuk merampas kembali kerusi kubu kuat PKR itu.
Manakala PN yang perlu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim mengumumkan calon yang layak bertanding selepas proses penamaan calon tamat pada 10 pagi tadi di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.
Khairulnizam memaklumkan Joohari, 60, yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada 9.03 pagi diikuti Abidin, 56, pada 9.06 pagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam pada 5 Julai dengan pengundian awal pada 2 Julai.
Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.
Terdahulu, Joohari tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta beberapa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan antaranya Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Pengarah Strategik Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Turut hadir memberi sokongan kepada Joohari ialah Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk R. Ramanan, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang Nurul Izzah Anwar, pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Abidin pula diiringi Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Hadir sama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager