Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PBB BERI AMARAN 2.1 JUTA PENDUDUK GAZA BERHADAPAN KEBULURAN AKIBAT SEKATAN

DUNIA

PBB BERI AMARAN 2.1 JUTA PENDUDUK GAZA BERHADAPAN KEBULURAN AKIBAT SEKATAN

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), OCHA mengesahkan bahawa stok bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir habis apabila sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas Gaza berlarutan memasuki bulan ketiga.

Sumber Gambar: BERNAMA

NEW YORK: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menggesa agar sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang kini memasuki minggu kesembilan berturut-turut dihentikan, dengan memberi amaran bahawa nyawa 2.1 juta orang awam berada dalam risiko serius.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), OCHA mengesahkan bahawa stok bekalan bantuan kemanusiaan kini hampir habis apabila sekatan menyeluruh oleh Israel ke atas Gaza berlarutan memasuki bulan ketiga.

Sementara itu, Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) melaporkan bahawa bantuan dan bekalan kemanusiaan tidak lagi memasuki Gaza sejak 2 Mac, selepas pihak berkuasa Israel mengenakan kepungan.

Akibatnya, bekalan asas kemanusiaan seperti makanan, bahan api, bantuan perubatan dan vaksin kanak-kanak semakin kehabisan dengan bekalan tepung dan pek makanan UNRWA telah kehabisan manakala lebih satu pertiga daripada bekalan perubatan penting juga telah kehabisan stok.

“Keadaan ini memberi kesan yang amat dahsyat kepada penduduk, khususnya golongan rentan termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas,” kata UNRWA.

Agensi itu memberi amaran bahawa sekatan berterusan akan membawa kemudaratan yang tidak dapat dipulihkan kepada ribuan nyawa, sambil menambah bahawa ribuan trak bantuan kini bersedia untuk memasuki Gaza dan pasukannya di lapangan telah bersiap sedia untuk meningkatkan operasi sebaik sahaja akses dibenarkan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading