Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PECAH RUMAH: EMPAT WARGA ROHINGYA TERMASUK REMAJA PEREMPUAN DITAHAN

DALAM NEGARA

PECAH RUMAH: EMPAT WARGA ROHINGYA TERMASUK REMAJA PEREMPUAN DITAHAN

Polis menahan empat warga Rohingya termasuk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini, Batu Pahat dan Kulai dalam beberapa serbuan Khamis lepas.

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat warga Rohingya termasuk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini, Batu Pahat dan Kulai dalam beberapa serbuan Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan serta berusia lingkungan 14 hingga 27 tahun.

“Kumpulan ini disyaki mula bergiat aktif melakukan jenayah berkenaan pada pertengahan tahun ini dan modus operandi kumpulan ini adalah melakukan pecah rumah semasa penghuni tiada pada siang hari (waktu bekerja… Sasaran kumpulan ini adalah barang kemas dan wang tunai,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona, 10 keping resit pajak gadai dan 16 set barang kemas pelbagai jenis.

Katanya polis sedang giat mengesan seorang lagi wanita warga Rohingya yang masih bebas dan dikenali sebagai Norjahan Ismail, dipercayai dalang kegiatan pecah rumah itu.

Kamarul Zaman juga berkata dengan tertangkapnya keempat-empat individu, enam kes pecah rumah membabitkan kerugian bernilai kira-kira RM50,000 berjaya diselesaikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading