Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR JATUH DARI ASRAMA DI SABAK BERNAM: PIHAK SEKOLAH ANTARA DIPANGGIL BERI KETERANGAN 

DALAM NEGARA

PELAJAR JATUH DARI ASRAMA DI SABAK BERNAM: PIHAK SEKOLAH ANTARA DIPANGGIL BERI KETERANGAN 

Petugas sekolah antara pihak yang telah dipanggil polis bagi dirakam keterangan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, semalam.

Sumber: ARKIB

SHAH ALAM: Petugas sekolah antara pihak yang telah dipanggil polis bagi dirakam keterangan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan masih dijalankan dengan beberapa keterangan telah diambil melibatkan pelbagai pihak. 

“Rakaman percakapan telah diambil termasuk daripada pihak sekolah,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.

Shazeli dilaporkan berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading